saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/03/2001

Idola pilih menetap di Johor

Rasa penat yang dialami kerana terpaksa berulang alik antara Johor dan Kuala Lumpur tidak dianggap sebagai satu yang membebankan.

Sebaliknya situasi sebegitu memberi satu kekuatan dan semangat kepada lima orang anak muda untuk terus cekal menghadapi cabaran dalam dunia seni.

Anak muda menganggotai kumpulan Idola itu belum berfikir untuk berpindah dan menetap di Kuala Lumpur pada masa terdekat ini.

Menurut penyanyi utama Idola, Raflik Affendi, semakin kerap mereka berulang alik semakin bersemangat mereka untuk menerokai dunia seni suara.

``Memanglah Kuala Lumpur pusat hiburan dan tempat untuk penyanyi baru mengembangkan bakat. Bagi kami, lebih senang berada di Kuala Lumpur,'' ujarnya.

``Setakat ini semua urusan berjalan lancar. Kalau ada promosi mereka akan datang ke Kuala Lumpur,'' katanya yang masih lagi menuntut dalam tingkatan lima itu.

Walaupun begitu, nama Idola yang turut dianggotai oleh Harry (bass), Nine (gitar kedua), Dobot (drum) dan Keif (gitar utama) amat popular di kalangan peminat setempat.

Populariti di kalangan penduduk Johor sudah memadai bagi Idola untuk memberi semangat kepada mereka mengatur langkah dalam bidang seni.

Ujar Raflik, dia hanya akan berfikir untuk berpindah selepas selesai menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini.

Dia melahirkan rasa gembira kerana pembabitannya dalam bidang seni setakat ini turut mendapat kerjasama dan dorongan daripada pihak sekolah. Ekoran itu dia mengambil keputusan untuk mengurangkan kegiatan seni mulai Mei ini bagi menumpukan perhatian pada pelajaran.

Idola yang popular dengan lagu Pintasan Kasih, Cinta Putih dan Yang Pusing-Pusing sering memenuhi undangan pada setiap hujung minggu.

Kumpulan yang suka bermain muzik secara langsung itu mengakui tidak gentar untuk bersaing dengan kumpulan muzik lain kerana Idola percaya setiap kumpulan mempunyai daya tarikan tersendiri.

Kata Harry, setiap artis ada rezeki masing-masing. Sebagai kumpulan baru Idola perlu bekerja keras untuk memantapkan lagi mutu persembahan mereka setiap kali tampil di khalayak umum.

``Kalau sesebuah kumpulan itu mampu menunjukkan persembahan yang baik setiap kali muncul di pentas, pasti mereka akan dipanggil untuk kali kedua,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.