saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/03/2001

Album Grand di pasaran

Pertengahan tahun lalu sebuah kumpulan baru yang menggelarkan diri mereka sebagai kumpulan Grand mempromosikan diri setelah selesai proses rakaman album sulung.

Malah sebuah lagu petikan album tersebut berjudul Rahsia Di Sebalik Hati sering berkumandang di radio apabila diperdengarkan sebelum album penuh dipasarkan.

Namun kerana mengalami masalah dengan pihak pengedar, album tersebut tidak dipasarkan pada masa itu. Mereka kini menukar haluan ke syarikat rakaman lain, Fantasia Music City (FMC).

``Setelah menyertai FMC barulah album kami dipasarkan beberapa minggu lalu,'' kata pemain gitar utama Joe kepada Utusan.

Walaupun agak kecewa apabila mengalami masalah di peringkat awal kemunculan, namun mereka menjadikannya sebagai satu semangat.

Hasil kesabaran menanti album tersebut dipasarkan, mereka bertemu jodoh dengan FMC apabila pihak pengurusan syarikat itu yakin dengan mereka.

``Kami telah menjalankan promosi awal dengan menyanyikan lagu-lagu dari album itu apabila diundang mengadakan persembahan,'' kata Joe lagi.

Mereka kerap mengadakan persembahan di sekitar Johor kerana kesemua anggota kumpulan itu menetap di sana, jelas Joe lagi.

Malah mereka belum bersedia untuk pindah ke Kuala Lumpur kerana kesemua anggota kumpulan itu mempunyai pekerjaan tetap di Johor.

``Kami sanggup berulang alik dari Johor Bahru ke Kuala Lumpur sekiranya ada perancangan promosi,'' kata penyanyi utamanya, Ami.

Mereka tidak mahu menanggung risiko berhenti kerja kerana belum tahu nasib mereka dalam bidang seni, jelas Ami lagi. Selagi mampu memberi komitmen pada kerjaya mereka akan teruskan kerana tidak mahu terburu-baru membuat sebarang keputusan.

Menyentuh mengenai album sulung itu Joe berkata, mereka turut menerbitkan dua buah lagu yang dicipta oleh anggota kumpulan itu sendiri. Mereka terbitkan lagu-lagu Takkan Ku Lupa dan Pengalaman Hidup untuk album sulung berkonsep pop rock itu.

Kumpulan itu turut dianggotai oleh Oj bermain dram, Yus memetik gitar kedua dan Ery dengan gitar bass.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.