saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/04/2001

Spanar Jaya tidak pinggirkan Wardina

APABILA pelakon remaja, Wardina Saffiya membuat keputusan menutup kepalanya, ramai menganggap dia sudah membuat keputusan untuk bersara dari dunia lakonan.

Pelakon berdarah kacukan Australia-Acheh itu tidak pernah mengumumkan hasrat sedemikian kerana baginya lakonan merupakan suatu bidang yang memberi kepuasan.

Lantaran itu, apabila ditawarkan untuk terus bersama team penerbitan drama komedi Spanar Jaya, Wardina yang memegang watak Misha dalam siri itu tidak menolak.

Sabtu lalu dia menghadiri rakaman untuk musim keempat siri Spanar Jaya yang diarahkan oleh Zulkifli Said.

Diatur oleh eksekutif promosi stesen televisyen saluran ceria anda, ntv7, Linda Aziz, Pancaindera berpeluang meninjau sekitar penggambaran siri Spanar Jaya yang diarahkan oleh Zulkifli Said di studio ntv7.

Nyata, siri yang diterbitkan oleh syarikat produksi 10 On 10 Pictures itu menekankan elemen kekeluargaan.

Kemesraan antara pelakon membuktikan mereka sudah seperti sebuah keluarga bahagia.

Turut serta dalam penggambaran itu ialah pelakon tetap siri tersebut seperti Zaibo yang memegang watak Pak Selamat, Ahmad Idham (Is), Mat Rock (Opie), Rambo Chin (Stanley) dan Rama (Murti).

Paling istimewa juga, Spanar Jaya musim baru ini turut menampilkan seorang bintang baru yang bakal mewarnai dunia lakonan tanah air iaitu Sharifah Sofea yang memegang watak Aishah.

Sofea, gadis berdarah kacukan Melayu-Scotland menjadi pertaruhan baru penerbitan Spanar Jaya.

Berusia 16 tahun, kehadiran Sofea sedikit sebanyak menimbulkan pertanyaan apakah gadis ini yang disebut-sebut sebagai menggantikan Wardina.

Tidak kurang juga yang beranggapan, kehadiran Sofea sedikit sebanyak akan memulihkan kembali populariti Spanar Jaya berikutan kejutan yang dilakukan oleh Wardina.

Menjawab pertanyaan ini, pembantu penerbit Spanar Jaya, Saiful Mohd. Lizah memberitahu, pihak penerbitan Spanar Jaya tidak pernah menganggap keadaan sedemikian berlaku pada drama komedi tersebut semata-mata kerana kehadiran Sofea.

Menurut Saiful lagi, pihak penerbitan Spanar Jaya tidak pernah terfikir untuk meminggirkan Wardina hanya semata-mata kerana dia sudah mengubah penampilan diri.

``Kami di Spanar Jaya tidak pernah menganggap untuk meminggirkan Wardina. Sebaliknya, bagi kami semua pelakon Spanar Jaya sudah seperti satu keluarga.

``Kehadiran Sofea sebagai memberi satu suasana baru manakala kesediaan Wardina untuk terus bersama kami pula merupakan satu penghargaan yang cukup besar,'' kata Saiful kepada Pancaindera.

Bagaimanapun, Saiful berkata, Wardina tidak dapat memberikan sepenuhnya komitmen kepada Spanar Jaya memandangkan dia juga perlu memberi tumpuan kepada pengajiannya di salah sebuah kolej swasta di ibu negara.

Untuk musim ini Saiful menjelaskan, Wardina atau Misha bukan lagi bekerja di bengkel kereta milik bapanya Pak Selamat, sebaliknya, dia bergelar mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM).

``Watak ini begitu bersesuaian sekali dengan Wardina dan kami percaya pembaharuan yang kami lakukan ini akan membuatkan penonton terus setia menonton Spanar Jaya,'' katanya penuh yakin.

Kata Saiful, seperti juga tiga musim yang terdahulu, sebanyak 52 episod siri ini akan dirakamkan untuk musim keempat.

Musim baru ini akan disiarkan tidak lama lagi menerusi ntv7 melalui slot Bintang Prima Hujung Minggu setiap Sabtu 7.30 malam.

Mengenai pembaharuan lain yang turut dilakukan pada Spanar Jaya musim ini, pihaknya turut mengundang beberapa celebrity terkenal seperti Normala Samsuddin, Erra Fazira, Deanna Yusof, Rosyam Noor dan ramai lagi untuk memeriahkan lagi Spanar Jaya.

Sementara itu, Wardina ketika ditemui memberitahu, dia gembira kerana masih mendapat kepercayaan daripada pihak penerbitan untuk terus membintangi Spanar Jaya.

``Dina sudah menganggap semua yang terlibat dalam drama ini sebagai satu keluarga dan kemesraan ini sesuatu yang cukup istimewa sekali,'' ujarnya penuh manja.

Ditanya mengenai komitmennya pula, Wardina mengakui dia hanya boleh memenuhi peluang berlakon pada waktu cuti semester sahaja.

``Oleh kerana minat yang mendalam, sukar untuk Dina menolak dan mengetepikan bidang lakonan. Apa yang penting Dina boleh menyesuaikan diri dengan keadaan,'' katanya lagi.

Bagi Zaibo atau lebih dikenali sebagai Pak Selamat pula, sambungan Spanar Jaya untuk musim keempat membuktikan bahawa drama itu mendapat perhatian dan sokongan daripada penonton.

``Justeru, apa yang boleh kami lakukan ialah memberikan yang terbaik untuk peminat seni,'' jelas pelakon komedi yang turut menempa nama di negara jiran, Singapura ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:15
Asar 4:38
Maghrib 7:11
Isyak 8:26



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.