saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 10/04/2001

AIM 2001 -- Pencalonan lebih seimbang

Anugerah Industri Muzik (AIM) edisi 2001 akan menyaksikan persaingan sengit pencalonan antara artis baru dan lama. AIM kali ini diakui paling sukar diramalkan calon favourite untuk memenangi kategori utama dan lain-lain.

Begitu juga dengan nama-nama popular seperti Siti Nurhaliza, Noraniza Idris, Nora, Liza Hanim dan Aishah yang kesemuanya populariti album agak seimbang.

Bagaimanapun, persaingan pastinya tertumpu kepada Siti dan Noraniza.

Setelah bersaing sengit dalam Pertandingan Juara Lagu pada akhir tahun lalu, kini mereka meneruskan pertarungan menerusi AIM.

Menerusi AIM 2001 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra pada 28 April ini, kedua-dua mereka dicalonkan untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita).

Siti dicalonkan menerusi album Sahmura dan Noraniza pula Iktiraf. Selain itu, turut dicalonkan untuk kategori ini ialah Aishah menerusi album Pulanglah Perantau, Liza Hanim album Istimewa dan Nora untuk album Kirana.

Kedua-dua penyanyi Suria Records itu juga dicalonkan untuk kategori Album Pop Etnik Terbaik Artis/Produser, di samping kumpulan Kapilla dengan album Che Awe Donde dan Fauziah Idris menerusi album Lagu Rindu Merindu.

Selain itu, lagu Balqis dendangan Siti yang dicipta oleh Pak Ngah turut dicalonkan untuk kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Album - Penggubah.

Sementara itu, lagu Noraniza berjudul Iboq, ciptaan Indra dan lirik oleh Siso pula dicalon untuk Lagu Terbaik-Komposer/Penulis Lirik.

Sudah sedia maklum kedua-dua mereka sering bersaing sejak tahun 1997.

Persaingan sihat itu ternyata berjaya memeriahkan suasana industri muzik tanah air.

Bagaimanapun, ada juga kemusykilan mengenai pencalonan Lagu Terbaik yang diwakili oleh lagu Iboq, Menyemai Cinta Bersamamu dan Pinta (Nora), Seperti Yang Ku Jangka (Indigo & KRU) serta Soal Hati (Erra Fazira).

Pada kebiasaannya, lagu-lagu yang dicalonkan untuk kategori ini akan turut dicalonkan bagi kategori Susunan Muzik dan Vokal Terbaik.

Jika dilihat pada senarai pencalonan, hanya Nora sahaja yang dicalonkan untuk kedua-dua kategori tersebut.

Bagi kategori Album Nasyid Terbaik yang diwakili oleh Rabbani (Iqrar), In-Team (Kasih Kekasih), Saujana (Kembara Cinta) dan Brothers (Untuk Mu Teman) pasti berasa lega kerana saingan kuat mereka, Raihan tidak dicalonkan.

Saingan paling menarik AIM kali ini ialah kategori Artis Baru Terbaik yang membariskan kumpulan Black Maria, Kamikaze, Deja Moss, Intan Sarafina dan Martinie.

Kesemua mereka dilihat mempunyai peluang yang sama rata untuk menaiki pentas bagi menjulang trofi kategori itu.

Persaingan juga berlaku dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki) yang rata-ratanya dimonopoli oleh

Penyanyi solo melainkan Amir daripada kumpulan UK's. Calon-calon lain ialah Amy (Suatu Masa), Awie (Rentap), Hattan (Aku Dan Mentor) dan Saleem (Ratib Orang Pinggiran).

Untuk tahun ini, sebanyak 16 kategori dipertandingkan dan kategori album dangdut digugurkan kerana para juri mendapati tidak ada album dangdut yang dihasilkan melainkan album kompilasi.

Mulai tahun ini juga, penganjur tidak mengundang penyanyi Barat untuk mengadakan persembahan pada malam kemuncak tersebut.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa AIM 2001, Darren Choy, artis Barat tidak diperlukan lagi kerana AIM sudah mampu mencipta sejarah sendiri.

``Dulu pada masa awal, kita perlu undang artis popular barat untuk tarik perhatian orang ramai. Dari tahun ke tahun kita lihat orang beli tiket AIM bukan kerana ingin melihat artis barat, tetapi kerana mereka benar-benar mahu menjayakan malam yang penuh gemilang itu,'' jelasnya.

Sebagai ganti persembahan artis barat pada malam itu nanti, Melly Goeslaw yang turut dicalonkan dalam kategori Album Indonesia Terbaik akan mendendangkan sebuah lagu.

Ujar Darren, pada malam tersebut ada beberapa kejutan terutamanya dari segi persembahan.

Kos untuk produksi AIM dianggarkan hampir RM1 juta dan perbelanjaan promosi lebih daripada itu.

Beliau juga memaklumkan tiket untuk menonton AIM yang berharga RM50 mendapat sambutan hangat di pasaran sejak dijual pada 6 April lalu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.