saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/04/2001

NRG peka kehendak pengunjung

PENGALAMAN anggota kumpulan NRG yang mula ditubuhkan 10 tahun lalu menjadikan mereka peka dengan kehendak pengunjung kelab malam.

Mereka juga arif dalam memilih lagu-lagu yang bakal dipersembahkan apabila melihat pengunjung sesebuah kelab.

Kumpulan itu kini mengadakan persembahan di kelab Uncle Chilli's Fun Pub Petaling Jaya, Selangor, sepanjang bulan ini.

Mereka baru sahaja menamatkan kontrak persembahan di Kuching, Sarawak, sebelum itu.

Menonton persembahan NRG di sana baru-baru ini, ternyata kumpulan itu mampu menghangatkan suasana kelab yang terletak di tengah kesibukan Petaling Jaya itu.

Pengunjung kelihatan terhibur dengan lagu-lagu yang dipersembahkan oleh penyanyi utamanya Melor, Eja dan ketua kumpulan, Jas.

Malah, kelihatan pengunjung turut bertepuk tangan dan mengikut bait-bait lagu yang mereka minati.

NRG memilih lagu-lagu yang popular dan menjadi kebiasaan bagi pengunjung kelab untuk memastikan mereka terhibur.

Melor sebelum ini pernah menghasilkan album bersama tiga rakan yang menggelarkan mereka dengan nama Freshies. Dia sempat muncul dengan dua album sebelum berpecah.

``Memang berbeza menyanyi sebagai artis rakaman dan menghiburkan pengunjung kelab,'' kata Melor yang telah lima tahun bersama NRG.

Dia kelihatan lincah menyanyikan lagu-lagu rancak yang menjadi pilihan di kelab itu.

``Saya tidak berasa rindu untuk menyanyi kerana tugas saya membuatkan saya menyanyi hampir setiap malam,'' katanya.

Ditanya mengenai nama penuh kumpulan itu, kata Jas, NRG adalah singkatan bagi Nama Rupa Gaya atau dalam bahasa Inggeris, Name Reputation Glamour.

Jas berkata, dia menubuhkan NGR sejak 10 tahun lalu dan pernah mengadakan persembahan di luar negara. Mereka memberi tumpuan pada persembahan kelab.

NRG juga melantik ejen untuk memastikan perjalanan kerjaya mereka terancang. Mereka kini mempunyai jadual mengadakan persembahan berterusan sehingga hujung tahun ini.

``Kami pastikan mempunyai perancangan kontrak dalam masa yang panjang untuk kami mendapat peluang berterusan,'' kata Jas lagi.

Selain mereka, NRG turut dianggotai oleh Ikhsan, Arab, Gee, Man dan Ano yang rata-rata mempunyai pengalaman sekitar 10 tahun dalam bidang seni.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.