saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 14/04/2001

Linkedua Muar, selesaikan masalah kesesakan lalu lintas

PEMBINAAN laluan kedua Muar sejauh 13.1 kilometer dari Parit Bunga hingga ke Jalan Temenggung Ahmad di sebelah selatan bandar Maharani berharga RM288 juta akan memberi banyak manfaat kepada penduduk kawasan Majlis Perbandaran Muar (MPM).

Malah projek yang turut melibatkan pembinaan sebuah jambatan empat lorong sepanjang 600 meter merentangi Sungai Muar di antara Parit Bunga di sebelah utara dan Sabak Awor dekat Jalan Bakariah di selatannya itu akan menjadi mercu tanda baru Bandar Maharani.

Ini kerana reka bentuk jambatan tersebut begitu menarik dan merupakan yang pertama di Malaysia menggunakan teknologi dari Perancis.

Jambatan tersebut menggunakan cable stay di sebelah tengah untuk dijadikan penggayut beban dan secara tidak langsung menjadi pembahagi kepada laluan empat lorong di atasnya.

Kedudukan bahagian tengah, 13.1 meter daripada paras air membolehkan kapal-kapal kecil yang hendak mudik ke hulu Sungai Muar boleh melalui bahagian bawah jambatan berkenaan pada setiap masa.

Laluan tersebut akan merentasi kawasan Jalan Bakar Batu, Bakariah, Bukit Treh, Jalan Salleh, Parit Buaya, Kampung Tengah, Sungai Abong, Jalan Bakri, melalui Parit Sakai, Jalan Datuk Haji Kosai sebelum bersambung ke Jalan Temenggung Ahmad di sebelah selatan Bandar Maharani.

Projek tersebut dimajukan oleh syarikat kejuruteraan Kumpulan Ranhill Berhad secara bayaran tertangguh dan kerja-kerja pembinaan telah bermula pada bulan Disember tahun lalu.

Setakat ini, kerja-kerja menanam cerucuk telah pun selesai dijalankan dan ia dijangka siap sepenuhnya tahun 2004.

Apabila siap kelak, ia akan menjadi laluan pilihan kepada pengguna-pengguna jalan raya sama yang hendak ke selatan atau dari arah Batu Pahat dan Yong Peng ke utara.

Pengguna jalan raya tidak perlu masuk ke bandar atau melalui Jambatan Sultan Ismail yang kerap berlaku kesesakan pada setiap hari Sabtu, Ahad dan cuti perayaan.

Yang melegakan orang ramai, seperti dijelaskan oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sewaktu upacara pecah tapak projek itu yang dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tahun lalu, pengguna-pengguna tidak dikenakan bayaran tol.

Kata beliau, ia sebenarnya adalah sebahagian daripada cadangan projek lebuh raya Muar-Tangkak-Segamat yang telah diluluskan oleh Kerajaan Pusat tetapi terpaksa ditangguhkan kerana masalah kegawatan ekonomi pada tahun 1997 lalu.

Seperti yang dikatakannya, selain daripada mengatasi masalah kesesakan di Bandar Maharani, jambatan dan laluan itu akan membantu mewujudkan pusat pertumbuhan baru apabila siap kelak.

Di samping itu, jambatan tersebut pula pasti akan menjadi satu daya tarikan kepada pengunjung luar dan dalam negeri kerana keunikan reka bentuknya.

Walaupun pelaksanaan projek tersebut terpaksa melibatkan pengambilan balik tanah dan kira-kira 100 buah rumah kediaman yang dianggarkan berjumlah RM28 juta, tetapi ia dijangka akan memberi kesan positif kepada pembangunan ekonomi setempat.

Sebagai contoh, MPM awal-awal lagi telah bercadang akan membina terminal pengangkutan awam untuk memindahkan semua hentian pengangkutan awam ke kawasan Jalan Kim Kee berdekatan dengan laluan tersebut.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:49
Zohor 1:22
Asar 4:46
Maghrib 7:30
Isyak 8:44



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.