saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 15/04/2001

Melaka jalin hubungan dengan wilayah Jiangsu

MELAKA 14 April - Kerajaan negeri hari ini menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan wilayah Jiangsu, China bagi menjalinkan hubungan yang lebih erat dan kerjasama dua hala antara kedua-dua belah pihak.

Majlis menandatangani MoU itu juga sebagai pengorak langkah kepada hubungan bandar berkembar antara Melaka dengan wilayah Jiangsu yang akan dijalinkan pada masa hadapan.

Perjanjian tersebut ditandatangani oleh Ketua Menteri, Datuk Wira Mohd. Ali Rustam mewakili kerajaan negeri Melaka manakala Penasihat Kanan Gabenor Wilayah Jiangsu, Zhao Shaolin mewakili kerajaan wilayah tersebut.

Ketika ditemui selepas majlis di sebuah hotel di sini, Ketua Menteri berkata, dengan adanya perjanjian berkenaan, kerajaan negeri berharap ia akan memberi faedah kepada kedua-dua pihak.

``Kita berharap dengan adanya perjanjian ini, pelabur-pelabur China berminat memindahkan teknologi mereka ke negeri ini,'' katanya.

Selain itu, menurutnya, ia dijangka dapat meningkatkan jumlah pelancong dari China yang berkunjung ke negeri ini pada tahun ini.

``Jumlah pelancong China merupakan yang ketiga terbesar melawat Melaka selepas pelancong tempatan dan Singapura dan dengan adanya MoU ini, jumlah ini dijangka bertambah,'' katanya.

Mohd. Ali memberitahu, sejumlah 218,958 pelancong China telah melancong ke Melaka pada tahun lalu, iaitu peningkatan sebanyak 4.31 peratus berbanding 209,901 orang pada tahun 1999.

Sementara itu, Zhao turut mengalu-alukan jalinan kebudayaan dan sejarah antara kedua-dua belah pihak memandangkan Melaka mempunyai ikatan sejarah dengan wilayah Jiangsu yang merupakan tempat kelahiran laksamana China, Cheng Ho yang pernah berkunjung ke Melaka pada zaman kesultanan Melaka.

``Mungkin ada dokumen atau catatan lama yang membuktikan jalinan hubungan antara China dan Melaka pada zaman itu yang boleh diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu,'' katanya.

Yang penting, katanya, perjanjian yang termeterai hari ini akan dapat merapatkan lagi hubungan kebudayaan, pelancongan dan ekonomi antara kedua-dua belah pihak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.