saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/04/2001

Mesyuarat Tanjung Aru kecoh

KOTA KINABALU 15 April - Mesyuarat perwakilan UMNO bahagian Tanjung Aru yang diadakan di sini hari ini, kecoh seketika apabila lebih 60 anggota parti dari 23 cawangan ditegah daripada memasuki dewan persidangan.

Mereka dikatakan tiada dalam senarai perwakilan yang layak menghadiri mesyuarat itu berikutan keputusan bahagian itu menggantung keanggotan 23 cawangan terbabit.

Kesemua cawangan itu mencalonkan Abdul Razak Dulait bertanding jawatan Ketua Bahagian yang kini disandang oleh Datuk Yahya Lampong.

Kekecohan itu kembali tenang beberapa minit selepas kumpulan itu diberi penjelasan mengenai keadaan sebenarnya.

"Walaupun rayuan kami ditolak, kami tetap berpegang kepada prinsip tidak menimbulkan huru-hara selaras dengan perlembagaan parti," kata Abdul Razak.

Beliau mendakwa larangan itu bertentangan dengan Fasal 14 (4.5) Perlembangan UMNO bahawa cawangan-cawangan yang dicadangkan digantung atau dibubarkan boleh menghantar wakil jika cawangan itu dapat mengadakan persidangan dengan sempurna.

"Anehnya Yahya (Datuk Yahya Lampong) adalah salah seorang daripada anggota cawangan Kampung Sembulan Baru yang menerima notis persidangan yang tidak sah layak menghadiri mesyuarat perwakilan bahagian," katanya.

Cawangan Kampung Sembilan Baru itu dipercayai mencalonkan Abdul Razak untuk jawatan ketua bahagian.

Menurut Abdul Razak pelaksanaan mesyuarat perwakilan itu juga tidak mengikut peraturan persidangan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.