saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/04/2001

Anugerah bukan agenda utama Kamikaze

KUMPULAN Kamikaze tidak meletakkan anugerah sebagai agenda utamanya, sebaliknya menganggap penerimaan album mereka daripada peminat sudah cukup bernilai.

Walaupun berdebar-debar kerana dicalonkan untuk kategori Artis Baru dan Album Rock Terbaik Anugerah Industri Muzik 2001 (AIM) yang akan berlangsung pada 28 April ini di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), namun bagi mereka pencalonan Kamikaze sudah cukup memadai.

Kamikaze yang ditubuh pada tahun 1999 menganggap pencalonan Artis Baru Terbaik bersama kumpulan Black Maria, Deja Moss, Intan Sarafina dan Martinie itu sebagai satu semangat untuk mereka terus mempergiatkan usaha dalam bidang seni.

Walaupun dicalonkan untuk kategori Artis Baru Terbaik, namun secara peribadi Terence Law (T-Rex, vokal), Suhaimi Abu Bakar (Amy, dram), Rahmad Ayob (bes) dan Shamril Mohd Salleh (gitar) telah lama menceburi bidang seni.

Tidak hairanlah corak persembahan dan lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album Kamikaze, Kontroversi dan Inspirasi begitu bertenaga sekali.

Untuk kategori Album Rock Terbaik, Kamikaze akan bersaing dengan kumpulan Amuk (Akar dan Bumi), Awie (Rentap), Amy (Suatu Masa) dan Black Maria (Veto).

Menurut Sham yang bertindak sebagai ketua kumpulan, komposer dan penerbit, pembabitan Kamikaze dalam dunia rakaman bukan untuk mengejar sebarang anugerah.

Sebaliknya, Kamikaze sudah berasa bangga apabila nama mereka turut dicalon dalam anugerah industri muzik tempatan.

``Bagi Kamikaze, kalah atau menang bukan perkara utama. Nama dicalonkan pun merupakan satu penghormatan.

``Apa yang penting bagi Kamikaze, setiap album yang dihasilkan mendapat sambutan daripada peminat,'' kata Shamril.

Pada malam itu juga, Kamikaze akan mengadakan persembahan dengan mendendangkan dua buah lagu iaitu Teman Sejati dan Seruan.

Untuk memeriahkan persembahan, Kamikaze telah mengundang Man Kidal daripada kumpulan Lefthanded.

Selain sibuk dengan AIM, Kamikaze juga sedang rancak mengumpul bahan untuk album ketiga.

Sebelum ini, Kamikaze tampil dengan album koleksi terbaik iaitu Kamikaze - Setahun Selepas.

Sebagai kumpulan yang prihatin dengan masalah yang dialami oleh golongan artis tempatan, Kamikaze mengambil keputusan mengadakan siri motivasi di seluruh negara.

Jelas Shamril, menerusi motivasi tersebut, mereka akan menerangkan kepada peminat mengenai kesan-kesan cetak rompak terhadap industri muzik tanah air.

``Sebenarnya perkara ini telah lama dirancang dan kami telah mengenal pasti beberapa tempat. Kami harap sumbangan yang tidak seberapa ini dapat menyedarkan pembeli agar membeli album asli,'' jelasnya.

Untuk itu, pada hari Ahad ini, Kamikaze akan mengadakan persembahan dan motivasi di Skudai Parade, Skudai, Johor.

Ia akan diadakan pada pukul 3 petang dan pada Mei pula, mereka memilih bandar Kuantan, Pahang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.