saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/04/2001

Nora -- Pendengar perlu menilai lagu


NORA.


Oleh NURULHISHAM ABDUL LATIFF
Ada alasan tersendiri mengapa penyanyi popular, Nora bersungguh-sungguh mengajak pendengar muzik supaya belajar menilai penghasilan lagu dalam erti kata sebenarnya.

Kata Nora, penilaian yang bagus daripada pendengar adalah elemen penting dalam merangsang seseorang artis itu tampil dengan penghasilan yang terbaik apabila merakamkan album.

Justeru, penyanyi yang popular dengan lagu Desa Tercinta dan Menyemai Cinta Bersamamu yang dimuatkan di dalam album terbarunya Kirana itu, memberitahu, seseorang artis itu sendiri perlu mempunyai asas kukuh dalam bidang nyanyian sebelum tampil dengan album.

Isteri kepada komposer Johan Nawawi ini berpendapat, jika seseorang artis itu betul-betul cintakan muzik dan nyanyian, dia akan menghasilkan sesuatu yang terbaik untuk diperdengarkan kepada orang ramai.

Sebab itulah, bagi Nora, dia tidak mengutamakan sebarang anugerah, tetapi lebih memberi penekanan kepada maklum balas daripada golongan pendengar majoriti.

``Album saya bukanlah dikeluarkan untuk menang apa-apa anugerah, tetapi ia merupakan suatu yang lebih bermakna apabila diiktiraf oleh pihak-pihak tertentu dalam industri muzik tanah air.

``Sebab itu saya mahu pendengar belajar sesuatu daripada apa yang saya hasilkan,'' jelasnya.

Nora juga tidak bersetuju dengan pendapat populariti lebih menjurus kepada lagu-lagu berentak melankolik dan sentimental.

``Bukan semua produk yang ada di pasaran itu tidak bermutu ataupun bukan juga semua lagu yang popular itu perlu berirama melankolik dan merayu-rayu,'' ujar penyanyi itu.

Mengenai kuantiti jualan album memainkan peranan di atas populariti seseorang artis itu pula, Nora turut menolak teori itu.

Bagi penyanyi itu, jumlah kuantiti bukan keutamaan dalam menghasilkan sesebuah album kerana dia lebih mementingkan kualiti produk.

Kerana itu, dia tidak terkilan jika albumnya gagal meletup di pasaran, asalkan ia tidak tergolong dalam album yang sekadar `melepaskan batuk di tangga'.

Ini menguatkan pendirian penyanyi berbakat ini yang sangat mementingkan mutu, justeru hanya akan mengeluarkan album baru apabila benar-benar bersedia.

Begitupun, ini tidak bermakna album Nora tidak pernah mencatatkan jualan yang tinggi kerana album pertamanya pada 1994, Sandiwara dijual lebih daripada 200,000 unit.

Daripada album itu, dia popular dengan lagu Sandiwara, Di Persimpangan Dilema dan Joget Kelantan.

Di Persimpangan Dilema juga berjaya ke Juara Lagu 1994, di samping memenangi Video Terbaik pada AIM 1993.

Antara lagunya yang menarik perhatian ramai ialah Debaran, Katakanlah dan Meniti Janji (duet dengan Casey), Naluri, Dendam Dalam Diam, Jentayu dan Hanya Satu.

Penyanyi yang sudah memilik tujuh album termasuk album kompilasi ini turut dicalonkan dalam empat kategori pada Anugerah Industri Muzik (AIM) 2001.

Nora akan bersaing dengan Siti Nurhaliza (Sahmura), Aishah (Pulanglah Perantau), Noraniza Idris (Iktiraf) dan Liza Hanim (Istimewa) bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Wanita.

Anugerah Album Pop Terbaik pula, album Kirana akan bersaing dengan album Pijar Kasmaran (UK's), Kembali (Intan Sarafina), Istimewa (Liza Hanim) dan Formula Luar Biasa (KRU).

Dalam kategori Susunan Muzik Terbaik Dalam Sesebuah Lagu, Menyemai Cinta Bersamamu dicabar oleh Jernih (Amuk), Rondo Cinta Buta (UK's), Kasih Berubah (Ferhad) dan Balqis (Siti Nurhaliza).

Untuk Lagu Terbaik, dua lagunya iaitu Menyemai Cinta Bersamamu dan Pinta mendapat tentangan daripada lagu Iboq (Noraniza Idris), Seperti Yang Ku Jangka (KRU dan Indigo) serta Soal Hati (Erra Fazira).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.