saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 29/04/2001

Lembiaga herba serba guna

Oleh: RAMLI ABDUL KARIM
SETIAP penyakit yang dihidapi lazimnya memerlukan ubat atau penawar berlainan. Kaedah perubatannya juga selalunya berbeza sama ada ia dirawat secara moden atau tradisional.

Bagi mengubati resdung, luka, sakit gigi dan kembung perut, pesakit memerlukan ubat farmasi yang berlainan bagi setiap penyakit tersebut.

Pemeriksaan dan rawatan oleh doktor juga berbeza malah mungkin terpaksa mendapatkan khidmat pakar yang berlainan.

Bagaimanapun, pokok herba LEMBIAGA atau nama saintifiknya Calotropis gigantea yang diperkenalkan minggu ini mungkin boleh membantu mengurangkan kesukaran mengubati keempat-empat penyakit itu serentak.

Ini kerana selain daun pokok lembiaga kulit kayu dan getah pokoknya yang mempunyai manfaat kesihatan, bendalir dari daun lembiaga juga boleh digunakan untuk merawat penyakit-penyakit yang disebutkan di atas.

Pokok lembiaga mudah ditemui tumbuh liar di kawasan berhampiran pantai terutama di hutan paya bakau atau tanah berpasit.

Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains, Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, getah daun lembiaga boleh menjadi penawar sakit gigi dan luka.

Caranya mudah iaitu petik daun lembiaga segar dan kemudian titikkan getah atau bendalir melekit itu pada gigi yang sakit dan juga di tempat-tempat luka.

``Bagi sakit kembung terutama di kalangan kanak-kanak dan bayi, pesakit hanya perlu layurkan daun lembiaga dan kemudian tampalkannya di atas perut pesakit.

``Kaedah ini selalunya dilakukan berulang kali dengan menggunakan beberapa helai daun yang dilayur silih berganti bergantung kepada tahap sakit kembung yang dihidapi pesakit,'' katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Tajuddin memberitahu, bagi penyakit resdung pula, selalunya pengamal perubatan herba mengambil kulit kayu pokok lembiaga yang telah dikeringkan terlebih dahulu.

``Selepas dijemur atau dikeringkan beberapa hari, ia kemudian dibakar dan asapnya dihidu beberapa kali sehingga cecair lendir resdung keluar dari hidung.

``Kaedah ini patut diulangi setiap kali sakit resdung menyerang tetapi bagi mereka yang belum pernah melakukannya, sebaik-baiknya dicuba sekali dan lihat hasilnya dahulu sebelum kaedah ini diamalkan secara konsisten,'' ujarnya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.