saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 03/05/2001

KLIA masih dapat tempat di syarikat penerbangan antarabangsa

KOTA BHARU 2 Mei - Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) di Sepang masih mendapat tempat di kalangan syarikat penerbangan antarabangsa walaupun sebuah lagi syarikat dari Rusia iaitu Aeroflot menarik perkhidmatannya dari lapangan terbang itu.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ling Liong Sik berkata, walaupun Aeroflot dan empat syarikat penerbangan asing lain menarik diri dari KLIA tetapi pada masa yang sama beberapa buah syarikat lain telah memohon untuk menambah jadual penerbangan ke KLIA.

Katanya, setakat ini beberapa negara dan syarikat penerbangan seperti Emiriah Arab Bersatu, Lions Airlines dari Indonesia dan Syarikat Cathay Pacific memohon untuk menambah jadual penerbangan ke lapangan terbang itu.

``Cathay Pacific telah menambah penerbangan ke KLIA daripada 14 kali seminggu kepada 21 kali seminggu dan dijangka lebih banyak syarikat akan berbuat demikian,'' katanya.

Beliau menyatakan demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli-ahli jawatankuasa MCA negeri, Pergerakan Wanita dan Pemuda MCA negeri di Dewan Perniagaan Cina di sini, hari ini.

Dr. Ling mengulas tindakan syarikat penerbangan Aeroflot dari Rusia yang menamatkan penerbangannya ke KLIA Mac lalu menjadikannya syarikat kelima berbuat demikian.

Sebelum ini, beberapa syarikat penerbangan antarabangsa seperti Qantas, Luthansa, All-Nippon Airways dan British Airways melakukan tindakan yang sama atas alasan laluan ke Kuala Lumpur tidak menguntungkan.

Dr. Ling berkata, sehingga kini KLIA masih diiktiraf sebagai lapangan terbang yang kedua terbaik di dunia di belakang Hong Kong, manakala, negara jiran Singapura berada di tempat ketiga.

``Pengiktirafan ini menunjukkan tahap perkhidmatan KLIA telah maju meskipun terdapat beberapa syarikat penerbangan bertindak menarik diri daripada menggunakan KLIA,'' katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.