saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 03/05/2001

Politik wang: Pemimpin terbabit tidak dilindungi

KUALA LUMPUR 2 Mei - UMNO tidak berhasrat melindungi beberapa pemimpin yang dituduh oleh Ketua UMNO Bahagian Kuantan, Datuk Fauzi Abdul Rahman terbabit dalam politik wang serta penyelewengan kerana kes itu masih disiasat oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata, tidak timbul dakwaan kononnya parti juga sengaja melengah-lengahkan siasatan kes itu yang dikendalikan oleh sebuah jawatankuasa khas di bawah Lembaga Disiplin UMNO.

Tegasnya, selagi belum memperoleh hasil siasatan BPR, UMNO tidak boleh berbuat apa-apa kerana sebarang campur tangan hanya akan mengganggu siasatan agensi itu.

``Kita (UMNO) tidak melengah-lengahkan (siasatan) dan kita tidak mahu buat sebarang ``perlindungan''.

``Maknanya, kita tak ganggulah siasatan BPR tetapi sebaliknya akan menunggu apa juga keputusannya nanti,'' katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Disiplin parti di sini, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan pihak tertentu kononnya UMNO sengaja melengah-lengahkan siasatan politik wang dan penyelewengan di bahagian Kuantan kerana mahu melindungi beberapa pemimpin yang dituduh oleh Fauzi.

Pada 3 April lalu, polis menyerahkan laporan Fauzi berhubung dakwaan berlaku penyelewengan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Khalil Yaakob kepada BPR.

Ketua Polis Pahang, Datuk Mohd. Noor Hamat berkata, laporan polis terhadap Khalil yang didakwa dilakukan ketika menjadi Menteri Besar Pahang itu diserahkan pada 28 Mac, iaitu pada hari yang sama ia dibuat.

Jawatankuasa khas UMNO pula pada 21 April lalu mengumumkan akan memanggil lebih ramai saksi bagi menyiasat dakwaan Fauzi berhubung politik wang di bahagiannya. Ia dipengerusikan oleh Tan Sri Zaki Tun Azmi dan dianggotai oleh Datuk Nakhaie Ahmad dan Tan Sri Ahmad Razali Mohd. Ali.

Menurut Abdullah, semua pihak tidak boleh membuat sebarang andaian terhadap hasil siasatan BPR itu walaupun mengetahui kandungan tuduhan Fauzi.

``Kita tidak boleh mengandaikan pada waktu ini benar atau tidak (tuduhan Fauzi) kerana ia memerlukan siasatan,'' katanya.

Mengulas penangguhan persidangan perwakilan UMNO bahagian Silam, Jelutong, Bukit Bintang dan Gombak, Abdullah berkata, badan perhubungan negeri masing-masing akan mengambil-alih tugas mengendalikan mesyuarat yang perlu diselesaikan bulan ini.

Bagaimanapun, katanya, bagi bahagian Kuantan, persidangan akan digantung sehingga siasatan Lembaga Disiplin parti selesai.

``Bagi bahagian Bukit Bintang, wakil perhubungan negeri yang diberi tanggungjawab mengendalikannya ialah Ketua UMNO bahagian Cheras, Datuk Syed Ali Al-Habshee manakala tiga bahagian lain ditentukan oleh perhubungan negeri masing-masing,'' katanya.

Mengenai hasil mesyuarat hari ini, Abdullah berkata, jawatankuasa itu mahu semua bahagian menggerakkan kegiatan penerangan dan ceramah parti.

``Kursus penerangan ini melibatkan semua bahagian, cawangan serta disertai Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri UMNO,'' katanya.

Terdahulu sebelum mesyuarat, Abdullah ditemui oleh ahli Majlis Tertinggi (MT), Datuk Abdul Azim Mohd. Zabidi yang merupakan calon merebut jawatan Ketua UMNO bahagian Bukit Bintang.

Utusan difahamkan ia berkaitan penangguhan persidangan bahagian itu Ahad lalu ekoran dua cawangannya bermasalah iaitu Bukit Nenas dan Daya Bumi.

Oleh: ZULKIFLI JALIL

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.