saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 03/05/2001

Aeroflot pula tangguh perkhidmatan ke KL

KUALA LUMPUR 2 Mei - Syarikat penerbangan antarabangsa Rusia Aeroflot menjadi syarikat pengangkut asing kelima menarik perkhidmatannya dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Mengesahkan perkara ini, pengurus kargo Aeroflot yang berpangkalan di Kuala Lumpur, Zainal Abidin, memberitahu Bernama bahawa perkhidmatan dua kali seminggu itu dihentikan pada akhir Mac berikutan pulangan rendah yang berterusan sejak tiga tahun lalu.

Bagaimanapun, langkah itu hanya satu penangguhan sementara dan perkhidmatan tersebut akan diteruskan semula sama ada pada Oktober atau November tahun ini, katanya.

Beliau berkata Aeroflot merancang untuk membuka semula laluan penerbangannya dari Moscow ke Kuala Lumpur sama ada menerusi New Delhi atau Calcutta, India dan bergantung sama ada pihak berkuasa Malaysia bersetuju untuk memberikan pengecualian bagi royalti apabila membenarkan syarikat penerbangan itu melaksanakan hak kebebasan kelimanya.

Sebelum ini, empat syarikat pengangkut asing iaitu British Airways, Qantas, Lufthansa dan All-Nippon Airways (ANA) telah menarik balik perkhidmatan mereka dari Kuala Lumpur, dengan alasan utama mengalami kerugian.

Aeroflot mengadakan penerbangan pada Rabu dan Jumaat dari Moscow ke Kuala Lumpur menerusi Singapura menggunakan pesawat Iluysin IL-96 dengan kapasiti penumpang kira-kira lapan tan. Ia sudah memulakan operasi penerbangannya ke Malaysia sejak 27 tahun lalu.

Zainal Abidin bagaimanapun berkata, penerbangan syarikat penerbangan Rusia itu ke Singapura akan diteruskan, dan buat sementara waktu ini penumpang serta kargo akan dipindahkan ke Singapura sama ada menggunakan Malaysia Airlines (MAS) atau Singapore Airlines.

Beliau berkata pulangan sektor merosot sejak penurunan nilai ringgit berbanding dolar AS berikutan krisis ekonomi pada pertengahan 1997.

Zainal Abidin berkata Aeroflot juga turut menarik semula perkhidmatannya dari beberapa destinasi Asia dan Eropah kerana ia mengalami kerugian di sektor-sektor tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata perkhidmatan itu mungkin akan disambung semula sebelum akhir tahun ini untuk menyediakan kepada pasaran pelancong Rusia yang sedang berkembang pesat.

Zainal Abidin juga berkata hasil promosi agresif oleh Lembaga Promosi Pelancongan Malaysia, kira-kira 1,000 pelancong Rusia datang ke Malaysia sebulan.

"Jumlah itu dijangka meningkat di masa hadapan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai perkembangan terbaru itu, Pengerusi Persatuan Syarikat Pengangkut Muatan Malaysia (AFAM) Walter Culas menganggap pemberhentian perkhidmatan Aeroflot ke KLIA sebagai satu kerugian kepada Malaysia.

Beliau menggesa Majlis Tindakan Ekonomi Nasional (MTEN) supaya melihat dengan serius kepada perkara itu serta alasan-alasan mengapa banyak syarikat pengangkut asing menarik semula perkhidmatan mereka dari Malaysia.

``MTEN harus mengkaji perkara itu atau mungkin menyediakan kertas kerja dan dibentangkan ke kabinet serta mengusahakan pelbagai langkah atau strategi baru bagaimana untuk menggalakkan syarikat pengangkut itu kembali semula menyambung perkhidmatan mereka di samping meningkatkan kekerapan penerbangan syarikat sedia ada ke KLIA.

Beliau yakin terdapat banyak cara untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh syarikat pengangkut yang membuat penerbangan ke KLIA. - Bernama

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.