saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 04/05/2001

Syed Hussein diperintah bayar ganti rugi RM1.9j

KUALA LUMPUR 3 Mei - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan penulis buku, Syed Hussein Alattas dan dua defendan lain membayar ganti rugi berjumlah RM1.9 juta kepada Perbadanan Johor dan dua plaintif berhubung satu saman fitnah.

Perbadanan Johor dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tan Sri Muhammad Ali Hashim (plaintif kedua) dan Pengarah Urusan Damansara Realty Bhd., Haris Ahmad (plaintif ketiga) juga memperoleh perintah injunksi kekal menghalang defendan atau ejen-ejennya daripada terus menyiarkan kenyataan memfitnahkan mereka.

Dua defendan lain terdiri daripada Christopher Tiong Chung Ang (defendan kedua) yang merupakan Pengarah Urusan kepada syarikat C T Capital Partners Sdn. Bhd. C T Capital dinamakan defendan ketiga.

Syed Hussein, 59, atau lebih dikenali sebagai Pak Habib yang dinamakan sebagai defendan pertama, pernah disaman oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Musa Hitam berhubung buku tulisannya yang bertajuk, Siapa Lawan Siapa.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Syed Hussein memberitahu pihaknya akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Hakim Datuk Dr. Kamalanathan Ratnam memutuskan demikian ketika membaca alasan penghakiman setebal 30 muka surat yang membenarkan tuntutan saman Perbadanan Johor dan dua lagi plaintif terhadap ketiga-tiga defendan.

Dalam penghakimannya, Hakim Kamalanathan berkata, perkataan yang digunakan oleh defendan boleh menjejaskan integriti, reputasi dan perniagaan pihak plaintif.

Katanya, defendan juga berniat menjatuhkan imej, maruah dan nama baik Perbadanan Johor dengan mensensasikan isu-isu palsu terhadap mereka.

Menurut beliau, tiada keraguan dalam keterangan yang diberi bahawa defendan adalah berniat jahat dalam penerbitan buku berkenaan.

Katanya, Perbadanan Johor adalah sebuah agensi negeri yang dihormati dan mengawal beberapa buah syarikat yang tersenarai di Papan Utama Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL).

Malah menurut hakim berkenaan, Perbadanan Johor adalah sebuah agensi yang membantu golongan usahawan bumiputera dan salah satu agensi negeri di negara ini yang menyumbang 10 peratus keuntungan kepada kerajaan negeri.

Kata beliau: ``Muhammad Ali, 53, (plaintif kedua) adalah seorang tokoh korporat dan orang kenamaan yang cukup dikenali.

``Beliau juga menganggotai beberapa pertubuhan kebangsaan dan pernah dianugerahkan sebagai Pengarah Tahunan pada 1995 dan Usahawan Tahunan pada 1994,''jelasnya.

Sementara itu, Haris, 47, (plaintif ketiga) adalah Pengarah Urusan Damansara Realty Bhd. dan pernah menguruskan pelaburan berjumlah lebih RM1 bilion sewaktu memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Pelaburan di Bahagian Pelaburan, Perbadanan Johor.

Menurut Hakim Kamalanathan berdasarkan latar belakang plaintif, jelas bahawa perkataan yang digunakan dalam penerbitan buku tersebut adalah amat menyakitkan dan menimbulkan kesengsaraan terhadap plaintif.

Dalam penghakiman itu, hakim berkenaan memerintahkan defendan membayar RM350,000 sebagai ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teruk kepada Perbadanan Johor.

Hakim Kamalanathan juga memerintahkan defendan membayar RM500,000 (ganti rugi am) dan RM500,000 (ganti rugi teruk) kepada Muhammad Ali dan RM150,000 (ganti rugi am) dan RM100,000 (ganti rugi teruk) dibayar kepada Haris.

Plaintif diwakili peguam-peguam Zainal Abidin Jamal bersama Tajul Arafat Mohd. Razali.

Peguam K. Anandaraj mewakili defendan ketiga manakala defendan kedua tidak diwakili peguam.

Oleh: NORLELA IBRAHIM

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.