saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 09/05/2001

Ady WOW menghibur secara solo

Menyanyi di restoran pasti berbeza dengan nyanyian di kelab kerana di restoran penyanyi menghiburkan pengunjung yang sedang menikmati makan malam atau makan larut malam.

Namun penyanyi juga harus merapatkan hubungan dengan menyanyikan lagu-lagu pilihan pengunjung.

Ady, bekas penyanyi utama kumpulan WOW kini mengadakan persembahan di Restoran Avanti, Hotel Sunway Lagoon Resort setiap hari kecuali hari Isnin.

Dia membuat persembahan mulai pukul 7.45 malam hingga pukul 12 tengah malam. Dia akan terus menghibur di situ sehingga Jun depan.

Memandangkan dia muncul secara solo dan harus menekan butang mesin dram, Ady memilih untuk menyanyi sambil duduk di bangku dan memetik gitar.

``Saya lebih senang menyanyi dengan petikan gitar dan iringan mesin dram untuk membuatkan persembahan saya lebih hidup,'' katanya.

Ady juga memilih lagu-lagu sentimental pada awal malam dan sesekali menyelitkan lagu-lagu rancak khususnya lagu pilihan pengunjung.

Semasa singgah di restoran itu bersama Pegawai Perhubungan Awam Wendy Kok, Ady asyik dengan persembahannya.

Kebetulan dua kelompok memilih restoran itu untuk meraikan rakan mereka yang menyambut hari ulang tahun kelahiran.

Maka bergemalah lagu Happy Birthday To You nyanyian Ady serta hadiah sebiji kek daripada pihak pengurusan restoran.

``Banyak yang meraikan kawan dan tetamu mereka di sini,'' kata Ady lagi.

Ady mengakui ada juga pengunjung yang mengenalinya sebagai penyanyi rakaman dan meminta dia menyanyikan lagu petikan albumnya.

Ady popular dengan lagu Kau Yang Satu bersama kumpulan WOW pada awal tahun 90-an.

Dia kembali menyanyi di restoran dan lobi hotel sejak dua tahun lalu setelah sepi tanpa sebarang album. Dia sempat menghasilkan dua album berkumpulan dan sebuah album solo. Album solonya dipasarkan pada tahun 1997.

``Kini saya beri tumpuan pada nyanyian di sini yang menjanjikan pendapatan tetap walaupun jumlahnya agak berkurangan berbanding mengadakan persembahan semasa bergelar artis rakaman,'' kata Ady lagi.

Namun dia senang dengan hala tujunya kerana sebelum berpeluang membuat album dia terlebih dahulu menyanyi di kelab malam.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.