saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/05/2001

Seri Dewi Malam pertaruhkan pelakon pelapis

KALA pemerhati filem merasakan dunia perfileman Melayu sedang melalui zaman malap, barangkali anggapan itu perlu dikikis apabila filem Seri Dewi Malam (SDM) mula ditayangkan.

Filem garapan pengarah disegani ramai Aziz M. Osman ini dijangka mengubah persepsi banyak pihak yang selama ini memandang filem Melayu hanya dengan sebelah mata.

SDM terbitan secara kerjasama antara Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) dengan Paradigm Pictures bukan sekadar mengetengahkan jalan cerita bercorak sains fiksyen, tetapi turut menampilkan beberapa muka baru berbakat.

Penampilan muka baru seperti Maya Karin, Jeslina Hashim dan Danny (X Factor) diramalkan akan menjadi bahan perbualan ramai.

Masakan tidak, pengarah filem SDM, Aziz M. Osman sendiri mengakui dia harus berbuat sesuatu bagi `melahirkan' pelakon baru untuk memastikan industri filem Melayu tidak ketandusan pelakon berwibawa pada masa hadapan.

``Bertepatan dengan tema filem ini yang saya anggap sebagai sesuatu yang segar, ia harus disokong oleh pelakon yang juga berwibawa,'' kata Aziz ketika ditemui selepas pratonton SDM di pawagam Golden Screen Cinema, Mid Valley, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Maya Karin, Jeslina Hashim dan Danny, kata Aziz, adalah aset penting dunia perfileman Melayu sekarang.

Kata Aziz, pelakon senior yang merupakan tonggak utama SDM seperti Hairie Othman, Rashidi Ishak dan Khatijah Tan menjadi penggerak utama filem berkenaan.

SDM merupakan sebuah filem sains fiksyen yang mengisahkan bagaimana dua wanita - seorang koma dan seorang buta - boleh berkomunikasi menerusi kuasa psikik.

Ketika dalam keadaan koma, Seri lakonan Maya Karin hanya mampu berhubung dengan Dewi (Jeslina Hashim) yang mempunyai kuasa psikik untuk menyampaikan pesanan kepada suaminya, Azri (Hairie Othman).

Sementara itu, pendatang baru dalam dunia lakonan, Jeslina mengakui, lakonan merupakan satu bidang yang memberi keseronokan kepadanya.

Menurut Jeslina, SDM telah menyuntik semangat baru kepadanya untuk memberi perhatian yang seimbang antara bidang lakonan dan nyanyian.

``Jika sebelum ini saya banyak memberi perhatian pada bidang nyanyian, kini saya dapat rasakan saya sudah jatuh cinta pada bidang lakonan pula,'' katanya sambil tersenyum puas.

Kata Jeslina, biarpun hanya menerima skrip SDM kira-kira tiga minggu sebelum penggambaran bermula, namun dia gembira kerana telah dapat menjayakan watak sebagai gadis buta.

``Selebihnya, saya serahkan kepada penonton untuk menilainya,'' jelas Jeslina yang sebelum ini menempa nama menerusi lagu Ku Intai Cinta Dalam Rahsia.

Bagi Maya Karin, bekerja dengan Aziz banyak mendedahkannya kepada dunia lakonan.

``Aziz seorang yang cukup profesional dan saya berbangga kerana dapat bekerja dengannya,'' kata Maya yang kini tidak putus-putus menerima tawaran berlakon.

Pelakon tampan Danny pula sama sekali tidak menyangka dia berpeluang bekerja dengan pengarah itu yang cukup disanjungnya.

Menurut Hairie Othman, apa yang membezakan filem SDM dengan filem-filem lakonannya sebelum ini ialah SDM menuntut penghayatan yang cukup tinggi.

``Bukan mudah sebenarnya untuk berkomunikasi dengan orang yang koma melalui orang tengah. Itulah yang mencabar saya,'' ujarnya.

SDM yang dihasilkan dengan kos penerbitan RM1.4 juta akan menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia bermula 24 Mei ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.