saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 14/05/2001

77 rumah setinggan terbakar -- Melibatkan 350 penghuni Kampung Perangsang Permai, Jalan Klang Lama


PENDUDUK Kampung Perangsang Permai, Batu 7, Jalan Klang Lama dekat Kampung Medan, Petaling Jaya bertungkus lumus membantu bomba memadamkan kebakaran semalam.


PETALING JAYA 13 Mei - Sebanyak 77 buah rumah di Kampung Perangsang Permai, Batu 7 Jalan Klang Lama dekat Kampung Medan di sini, musnah dalam kebakaran petang ini mengakibatkan seramai 350 penduduk tinggal sehelai sepinggang.

Kejadian itu berlaku sehari setelah kerajaan Selangor mengumumkan untuk menyelesaikan masalah setinggan di Kampung Medan dan kawasan persekitarannya termasuk kampung tersebut.

Polis tidak mengesyaki kebakaran yang berlaku pada pukul 5.25 petang itu akibat perbuatan khianat. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku.

Lebih 98 peratus penduduk di situ adalah orang Melayu.

Ini merupakan kejadian kedua dalam tempoh enam minggu kebakaran berlaku di persekitaran tersebut. Pada 4 April lalu, 15 buah rumah setinggan yang dihuni oleh keluarga India di Kampung Lindungan yang terletak tidak jauh dari kawasan hari ini musnah terbakar berpunca daripada litar pintas.

Kebakaran terbaru di Kampung Perangsang Permai itu merebak dengan begitu cepat memusnahkan rumah-rumah di situ ekoran angin yang bertiup kencang.

Kebanyakan penduduk kampung berkenaan sedang berehat sambil menonton televisyen ketika kebakaran berlaku.

Menurut Pengarah Pasukan Bomba dan Penyelamat Selangor, Zaharuddin Hassan, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 5.39 petang dan seramai 35 anggota bomba dengan empat buah jentera dari Damansara dan Petaling Jaya tiba di tempat kejadian pada pukul 5.45 petang.

``Kami menghadapi kesukaran mengawal kebakaran kerana tekanan air rendah dan pili bomba yang terletak jauh dari tempat kebakaran,'' katanya kepada para pemberita di tempat kejadian.

Pihak bomba masih menyiasat punca kebakaran tersebut.

Sementara itu, seorang mangsa, Hashim Razali, 40, yang ditemui berkata, dia yang sedang membasuh pakaian terdengar jeritan ``api'' daripada kanak-kanak yang sedang bermain di luar.

``Apabila saya keluar rumah, api tengah marak,'' katanya yang berniaga sendiri. Dia mentaksir kerugiannya berjumlah lebih RM15,000 apabila rumahnya hangus.

Menurut Hashim, setelah api menular ke bahagian tengah rumahnya, dia terus mencapai tiga anaknya yang sedang tidur dan membawa mereka ke dalam kereta dan terus keluar dari pekarangan rumahnya.

``Saya tidak sempat menyelamatkan apa-apa dan hanya tinggal sehelai sepinggang kerana api marak begitu cepat ekoran angin kencang,'' jelasnya.

Seorang lagi mangsa, Abdul Hamid Osman, 46, berkata, dia bergegas pulang dari rumah jirannya apabila anaknya menelefon bahawa rumahnya terbakar.

``Saya menyuruh anak-anak menyelamatkan diri dulu. Semasa saya tiba, rumah saya hampir hangus dijilat api,'' katanya yang mengalami kecederaan semasa berusaha menyelamatkan dokumen penting dari dalam rumahnya.

Abdul Hamid yang tidak bekerja sudah menetap di kampung berkenaan selama 20 tahun dan menurutnya inilah kali pertama kebakaran besar yang melibatkan banyak rumah berlaku di kawasan tersebut.

``Sebelum ini ada sedikit kebakaran kecil berlaku yang tidak mendatangkan masalah kepada kami,'' katanya.

Seorang lagi mangsa yang bekerja sebagai pembantu tadbir, Abdul Talib Abdullah, 43, berkata, api mungkin berpunca daripada sebuah rumah berdekatan surau.

Sementara itu Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo yang turut melawat tempat kejadian berjanji akan memindahkan mangsa-mangsa kebakaran itu ke rumah panjang yang telah siap dibina di Kampung Ghandi dan di balai raya berhampiran buat sementara waktu.

``Buat permulaan ini, UMNO akan menyumbangkan RM1,000 bagi setiap keluarga diikuti RM1,000 lagi dari Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

``Pejabat daerah pula akan menyumbangkan RM300 di samping buku pelajaran untuk anak-anak mangsa kebakaran,'' ujarnya yang turut melahirkan perasaan sedihnya di atas peristiwa itu.

Dalam perkembangan yang sama, Ketua Polis Petaling Jaya, Asisten Komisioner Sheikh Mustapha Sheikh Ahmad mengarahkan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) untuk mengawal keadaan perkampungan tersebut.

``Kita akan memastikan keselamatan penduduk kampung ini terjamin dan pada masa yang sama penduduk dinasihatkan supaya menjaga harta benda mereka bagi mengelakkan sebarang kecurian,'' katanya.

Turut melawat mangsa kebakaran ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Taman Medan Datin Paduka Norkhaila Jamaluddin dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan Donald Lim Siang Chai.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh
Zuhur
Asar
Maghrib
Isyak



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.