saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/05/2001

Janji Elite selepas kontroversi

Oleh Khadijah Ibrahim
Ramai yang keliru dan ingin tahu siapakah anggota tetap kumpulan Elite sejak kumpulan itu ditamatkan kontrak sebagai artis KRU Production.

Ini kerana banyak yang mengatakan kumpulan itu telah dibubarkan dan tidak aktif lagi. Bagaimanapun Azzarima Zawari atau Azza yang menjadi jurucakap Elite menafikan perpecahan kumpulan tersebut.

Azza menjelaskan, Elite tetap akan meneruskan kerjaya mereka dalam nyanyian dengan gabungan Sasha, Watie, Fiza dan dirinya.

``Memandangkan kami tidak lagi terikat dengan syarikat rakaman, maka semua kerja perlu dilakukan sendiri. Kami perlu bermula dari bawah. Ini adalah percubaan Elite untuk kembali aktif seperti dulu,'' katanya.

Menurut Azza, Elite yang sering dikenali sebagai kumpulan yang dikaitkan dengan cerita-cerita sensasi akan meninggalkan imej itu.

Untuk kemunculan terbaru Elite akan lebih senang memperkatakan tentang kerjaya dan tidak lagi cerita peribadi. Malahan anggota Elite juga tidak digalakkan untuk bergambar solo seperti dulu. Dia juga berharap orang ramai tidak akan mengungkit cerita lama.

Pengalaman lalu banyak mengajar Elite supaya tidak terlalu bercerita tentang peribadi yang mengatasi keupayaan mereka dalam nyanyian.

Malahan Azza juga merayu pada peminat agar memberi peluang pada Watie untuk memperbaiki kesalahan lalu. Tidak lama dulu Watie mencetuskan kontroversi kerana didapati bersalah memandu dalam keadaan mabuk.

Sebelum kontroversi Watie, Linda salah seorang anggota Elite juga tidak kurang juga menjadi bualan apabila dikatakan bergambar bogel dengan salah seorang anggota KRU.

``Kesalahan Watie itu perlu dijadikan teladan kepada semua orang. Janganlah peristiwa lama diungkit lagi. Kalau boleh kami mahu membuka diari baru,'' katanya terus terang.

Fiza pula ditawar menjadi anggota Elite kerana dia menunjukkan minat yang mendalam terhadap kumpulan tersebut.

Walaupun sebelum ini Azza sering mengadakan persembahan dengan Abby dan Linda namun kedua mereka tidak ditawar menjadi anggota tetap Elite kerana masing-masing sudah ada komitmen lain.

Bagi memastikan hubungan antara mereka tidak putus begitu sahaja, Elite tetap akan mengundang Abby dan Linda setiap kali ada pertunjukan pentas.

``Abby dan Linda tidak boleh beri komitmen sepenuhnya kepada Elite kerana mereka sibuk. Tapi kalau ada persembahan memang kami akan undang mereka sebagai artis undangan,'' jelas Azza.

Sebagai persiapan untuk masa depan, Elite kini telah menubuhkan syarikat Elite Entertainment yang dikendalikan oleh kumpulan ini sendiri.

Menurut Azza, ketika ini dia bertanggungjawab bahagian promosi sementara Sasha pula lebih kepada kerja-kerja yang berkaitan dengan pengurusan.

Syarikat ini juga akan mengeluarkan barangan jenama Elite untuk dijual pada peminat. Buat permulaan mereka akan mengedar pelekat kereta Elite sebelum mengedar kemeja T.

Menurut Azza, pelekat itu akan dijual sewaktu Elite menjayakan konsert di Brunei bersama kumpulan X-Factor pada 7 Julai depan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.