saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/05/2001

Festival Muzik Asia - Mengeratkan hubungan budaya Malaysia - Jepun


SITI NURHALIZA bersama penari-penari pengiring semasa rakaman Festival Muzik Asia di Angkasapuri kelmarin.


Oleh: ROSLI MANAH
Festival Muzik Asia 2001 terbitan bersama stesen RTM dan NHK dari Jepun menjadi saluran mengeratkan hubungan budaya kedua-dua negara. Selain itu, acara yang pertama kali diadakan itu dijadikan medan pertukaran antara muzik tempatan dan negara matahari terbit tersebut.

Dan langkah itu adalah yang terbaik untuk memperkenalkan muzik tempatan khususnya kepada masyarakat Jepun.

NHK juga menerusi artisnya turut mempromosikan lagu dan muzik mereka ke negara ini.

Festival yang dirakamkan di Auditorium Perdana Angkasapuri Ahad lalu itu akan ditayangkan di saluran NHK dan di TV2 tidak lama lagi.

Ia adalah unjuran daripada perjanjian kerjasama penerbitan rancangan yang dimeterai oleh RTM dan NHK beberapa bulan lalu.

Festival ini juga membolehkan penyanyi tempatan menggunakan peluang untuk mengetengahkan muzik mereka ke negara tersebut.

Artis tempatan yang diberi peluang memeriahkan rancangan yang pertama kali diadakan itu ialah Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Erra Fazira, Rabbani, kumpulan KOOL, penyanyi lagu Mandarin, Winnie Kok serta penyanyi lagu Tamil, Manivanan.

Jepun pula menampilkan penyanyi muda Eriko Imai, Shimatani Hitomi dan kumpulan 0930 Okusama serta Da Pump.

Siti Nurhaliza dan Liza Hanim tampil dengan lagu-lagu tradisional lengkap diiringi oleh penari. Liza memilih lagu Ya Salam, manakala Siti dengan lagu popularnya Balqis.

Tidak ketinggalan, Rabbani juga turut mengetengahkan lagu-lagu berunsur keagamaan iaitu Intifada dan Cahaya Selawat.

Artis-artis Jepun juga tidak ketinggalan dengan persembahan menarik mereka.

Dengan sekumpulan penari lengkap berpakaian tradisional turut melatari persembahan penyanyi Jepun, Shimatani Hitomi.

Sepanjang rakaman yang menampilkan penyanyi Jepun pasti mendapat tepukan gemuruh daripada peminat berbangsa Jepun yang turut menontonnya.

Peminat-peminat tempatan sepatutnya mencontohi penonton-penonton Jepun yang memberi sokongan moral kepada para artis mereka.

Persembahan penyanyi Jepun tampak bertenaga ditambah pula dengan sambutan gemuruh daripada penonton apabila penyanyi menghampiri tempat duduk mereka.

Bersesuaian dengan konsepnya yang ingin mengeratkan hubungan penyanyi Malaysia dan Jepun, setiap penyanyi dipertemukan untuk membolehkan mereka bertanya sesuatu.

Pengacara Maya Karin dan pengacara Jepun, Marc Panther menjadi penyambung untuk mereka berinteraksi kerana kesemua penyanyi Jepun hanya tahu berbahasa ibunda mereka.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:13
Asar 4:36
Maghrib 7:10
Isyak 8:24



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.