saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/05/2001

Krisdayanti lebih kaya daripada Gus Dur

Daripada: ZULKIFLEE BAKAR (JAKARTA)
Majalah ekonomi terkemuka di Indonesia, SWA mengiktiraf penyanyi popular, Krisdayanti sebagai artis paling kaya di negara itu dengan mencatatkan pendapatan Rupiah 4.5 bilion (RM1.5 juta) sepanjang tahun lalu.

Jumlah itu sekali gus mengatasi pendapatan Presiden Indonesia, Abdurrahman Wahid (Gus Dur) yang hanya memiliki Rupiah 3 bilion (RM1.03 juta) seperti yang dinyatakan oleh beliau dalam pengiystiharan harta kepada Suruhanjaya Pemeriksa Kekayaan Penyelenggara Negara (SPKPN).

Krisdayanti merupakan antara 10 artis di Indonesia yang diiktiraf mempunyai pendapatan yang lumayan.

Kekayaan Krisdayanti itu menurut majalah SWA dihitung melalui pembayaran yang diterima oleh penyanyi berkenaan bagi setiap satu persembahan.

Dalam seminggu, Krisdayanti menerima sekurang-kurang tiga kali undangan untuk mengadakan persembahan dan bagi setiap satu persembahan, dia dibayar Rupiah 25 juta (RM8,600).

Ini bermakna secara keseluruhan pada tahun lalu, dia menerima Rupiah 3.7 bilion (RM1.2 juta).

Jumlah pendapatan itu semakin bertambah jika dicampurkan dengan pembayaran yang diterima oleh Krisdayanti sebagai model iklan dan penjualan kaset dan cakera padatnya.

Setakat ini, Krisdayanti telah menjadi model kepada tiga buah iklan yang setiap satunya dibayar Rupiah 60 juta (RM20,000) dan dibayar sebanyak Rupiah 250 juta (RM86,000) bagi setiap penjualan 100,000 kaset dan cakera padat.

Artis kanak-kanak Joshua pula menduduki tempat kedua dengan memperoleh pendapatan Rupiah 3 bilion (RM1.03 juta) tahun lalu, di mana dia dibayar Rupiah 10 juta (RM3,400) bagi satu persembahan dan memperoleh pendapatan Rupiah 100 juta (RM34,400) bagi 18 buah iklan yang dibintanginya.

Tempat ketiga artis paling kaya dicapai oleh Kumpulan Sheila On 7 yang juga memperoleh pendapatan Rupiah 3 bilion (RM1.03 juta) dan dibayar Rupiah 30 juta (RM10,300) bagi satu persembahan.

Bagaimanapun, kumpulan berkenaan tidak membintangi sebarang iklan.

Dua lagi penyanyi kanak-kanak Indonesia iaitu Sherina dan Tasya turut menduduki tempat keempat dan kelima artis paling kaya di negara itu.

Sherina memperoleh pendapatan Rupiah 1.75 bilion (RM603,000) tahun lalu, manakala Tasya pula memperoleh pendapatan Rupiah 1 bilion (RM340,000).

Artis-artis lain yang turut mencatatkan pendapatan tertinggi tahun lalu ialah pencipta lagu, Melly Goeslaw sebanyak Rupiah 2.5 bilion (RM862,000), pelakon Mella Saphira menerima Rupiah 2 bilion (RM689,000).

Dewi Hughes pula mendapat Rupiah 1.5 bilion (RM510,000) dan Helmy Yahya menerima Rupiah 1.5 bilion (RM517,000).

Sementara itu, beberapa pelakon negara itu yang dikatakan memperoleh pendapatan melebihi Rupiah 1 bilion (RM340,000) ialah Paramitha Rusady, Ayu Azhari dan Inneke Koesherawati. - UTUSAN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.