saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 25/05/2001

Suami Aishah mohon hak penjagaan anak

KUALA LUMPUR 24 Mei - Suami penyanyi terkenal Aishah, Muhammad Abdullah hari ini memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan di sini untuk mendapatkan hak penjagaan (hadhanah) dua orang kanak-kanak lelaki yang kini dipelihara oleh Aishah.

Selain itu, Muhammad memohon perintah mahkamah supaya dia diberikan hak melawat pada bila-bila masa yang munasabah.

Muhammad adalah seorang rakyat New Zealand berusia 50 tahun menamakan Aishah atau nama sebenarnya, Wan Aishah Wan Ariffin, 36, sebagai penentang dalam permohonan tersebut.

Kedua-dua kanak-kanak itu ialah Armand Azhari Abdullah, 7, (yang didakwa sebagai anak kandung Aishah) dan Azhad Ahlami Muhammad, tujuh bulan yang lahir hasil perkongsian hidup mereka.

Menurut pernyataan tuntutannya, Muhammad mendakwa, ketika menikahi Aishah pada 1 September 1997 di Auckland, New Zealand, penyanyi itu telah pun mempunyai Armand yang ketika itu berusia lebih tiga tahun.

Muhammad menyatakan, dia menganggap Armand sebagai anak sendiri dan bertanggungjawab menjaganya semasa ketiadaan Aishah yang sibuk mengadakan pertunjukan pentas termasuk di Singapura dan Brunei.

Bagaimanapun, dakwa Muhammad, Aishah pulang ke negara ini berseorangan pada April 1998 meninggalkan Armand dengannya selama hampir lima bulan tanpa khabar berita.

Ekoran itu katanya, dia nekad membawa Armand ke sini dan mendaftarkan pernikahan mereka di Pejabat Agama Islam Negeri Sembilan pada 29 Disember 1998.

Muhammad mendakwa lagi, rumah tangga yang pada mulanya bahagia mula dilanda masalah sejak awal tahun lalu sehingga dia terpaksa menguruskan sendiri kehidupannya.

Katanya, Aishah mula bersikap dingin termasuk menghalangnya menemui kedua-dua kanak-kanak itu ketika beliau datang melawat mereka di rumah ibu Aishah.

Dakwa Muhammad, sejak itu, beliau berusaha menghubungi Aishah melalui telefon dan surat untuk berjumpa kedua-dua kanak-kanak itu, namun gagal kerana Aishah tidak memberi maklum balas.

Oleh itu, beliau memfailkan tuntutan setelah haknya untuk bertemu kanak-kanak tersebut dinafikan walaupun tidak pernah cuai melaksanakan tanggungjawab.

Kedua-dua permohonan itu dikemukakan mengikut Seksyen 81 dan 86 Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Persekutuan 1984.

Muhammad yang diwakili oleh peguam syarie, Mohd. Zaidi Mohd. Zain memfailkan permohonan tersebut di sini setelah Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat dekat sini memutuskan ia tidak mempunyai bidang kuasa untuk mendengar permohonannya.

Pada 2 Mei lalu, hakim Syarie Mohd. Narawi Mohd. Salleh memerintahkan supaya prosiding tersebut didaftarkan di mahkamah daerah yang lain.

Bagaimanapun, beliau akan mendengar perbicaraan terhadap Aishah yang memohon untuk bercerai secara fasakh di mahkamah yang sama pada 5 September ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.