saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/05/2001

Spoon teruskan perjuangan seni

Walaupun tanpa kehadiran penyanyi utamanya Along, kumpulan Spoon terpaksa meneruskan perjuangan seni mereka.

Kemunculan adik Along, Az sebagai penyanyi menggantikan abangnya bertepatan pada masanya untuk kumpulan itu tampil dengan album terbaru berjudul Kini.

Kehadiran Az juga bukan sahaja dianggap sebagai pengganti Along, sebaliknya dia terpaksa memikul tanggungjawab besar sebagai penyanyi utama kumpulan itu.

Untuk itu Az, 20, berharap kehadirannya bersama anggota-anggota Spoon mendapat sokongan peminat.

Az yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penyanyi itu sanggup berhenti kerja dan memberi tumpuan kepada bidang seni hanya kerana peminat Spoon.

``Dulu saya tidak pernah ambil tahu perjalanan seni Spoon, sekadar memberi sokongan dari jauh saja. Kini tidak sangka saya pula yang perlu meneruskan perjuangan Spoon.

``Saya gembira kerana kehadiran saya disenangi oleh semua anggota kumpulan dan mereka banyak memberi tunjuk ajar pada saya,'' kata Az.

Walaupun Az tidak pernah merakamkan album sebelum ini, namun dia mempunyai bakat besar.

Kebolehannya itu diakui oleh Boy (gitar utama), Nurul (gitar kedua), Yahya (bes) dan Shahnaz (dram).

Bakat Az telah diuji sewaktu Spoon mengadakan persembahan di Singapura pada tahun lalu.

Ternyata peminat-peminat dapat menerima kehadiran Az dan itu menguatkan lagi semangat Spoon untuk terus berjuang dalam bidang seni.

Tambah Boy, album baru Spoon dihasilkan atas desakan para peminat yang masih menyayangi kumpulan yang popular dengan lagu Rindu Serindu-rindunya.

Malahan, kesemua lagu yang dimuatkan di dalam album itu dipilih oleh peminat mereka sendiri sebelum dirakamkan.

Spoon yang mempunyai kelab peminat yang dianggotai oleh 10 ribu ahli itu mempersembahkan lagu-lagu tersebut sewaktu mengadakan persembahan.

``Sebelum lagu dirakamkan kami sudah bermain di pertunjukan pentas. Dari situ, kami dapat tahu reaksi peminat, lagu mana yang paling mereka suka.

``Boleh dikatakan kesemua lagu-lagu yang kami rakamkan adalah cita rasa peminat,'' katanya.

Jelasnya, album Kini yang telah berada di pasaran sejak tiga minggu lalu adalah album terbitan Spoon sendiri yang sekali gus memuatkan luahan isi hati keluarga Along.

Malahan, album Kini juga menampilkan dua lagu ciptaan dan lirik Along iaitu lagu Tujuh Gunung Tujuh Lautan dan Tiada Rindu Lagi.

Selain itu, bapa Along, Pak Ungku juga turut mendendangkan lagu Menanti Kepulanganmu.

Sementara itu, komposer Eddie Hamid yang bertanggungjawab mengangkat nama Spoon menerusi lagu Rindu Serindu-rindunya sebelum ini turut menyumbangkan sebuah lagu Memohon Diri yang dicipta khas untuk Along.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan di dalam album ini ialah Bicara Cinta, Mengalah Tidak Sekali, Superstar, Taman Syahdu (Redha), Sama Tak Serupa dan Siapakah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.