saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 01/06/2001

Penjelasan Ah Lek bantah pengambilalihan Nanyang

KUALA LUMPUR 31 Mei - Timbalan Presiden MCA, Datuk Lim Ah Lek hari ini mempersoalkan kenapa perjanjian pengambilalihan Nanyang Press Holdings Bhd. ditandatangani sebelum Jawatankuasa Pusat parti membuat keputusan.

Perjanjian itu telah dimeterai antara syarikat pelaburan MCA, Huaren Management Sdn. Bhd. dan Nanyang Press Holdings membabitkan harga RM230 juta.

``Mengikut pendapat saya langkah pengambilalihan ini seharusnya mematuhi peraturan yang betul,'' katanya dalam satu kenyataan di sini.

Kenyataan itu bertujuan memberi penjelasan kenapa beliau mengundi menentang pengambilalihan itu semasa mesyuarat jawatankuasa berkenaan, semalam.

Selain Lim, tujuh ahli jawatankuasa lain turut menentang, manakala, 32 lagi menyokong.

Mereka yang menentang termasuk Naib Presiden MCA, Datuk Chua Jui Meng dan Datuk Chan Kong Choy, Ketua Pemuda, Datuk Ong Tee Keat dan Timbalan Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Dr. Tan Yee Kew.

Lim berkata, beliau menentang kerana berpendapat aset MCA perlu dikendalikan secara berhati-hati.

``Aset MCA kepunyaan semua ahli parti hasil daripada kerja keras mereka.

``Kita mesti mengelak daripada mengulangi kesilapan yang telah menyebabkan luka parah pada masa lampau,'' jelasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.