saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 01/06/2001

Lagu tema Sukan SEA dilancar

MENTERI Belia dan Sukan, Datuk Hishammuddin Hussein melancarkan lagu tema Sukan SEA XXI Kuala Lumpur 2001 bertajuk Demi Semangat Kesukanan (Sukan SEA 2001) dalam majlis gilang-gemilang yang berlangsung di Angkasapuri, semalam.

Majlis pelancaran lagu rasmi Sukan SEA itu, yang pertama di alaf baru, dilakukan bersempena 100 hari menjelang temasya sukan paling unggul di rantau ini.

Sukan SEA XXI akan berlangsung dari 8 hingga 17 September ini.

Lagu tema itu adalah ciptaan komposer Helen Yap sementara liriknya ditulis oleh Loloq. Lirik bahasa Inggerisnya ditulis oleh Tom Leng, bertajuk Glory We Celebrate (The SEA Games 2001) dan dinyanyikan oleh Lynn Ali.

Turut hadir dalam majlis itu ialah wakil dari kementerian-kementerian yang terbabit dengan Sukan SEA serta wakil dari negara-negara Asia Tenggara. Selain itu, wakil dari pelbagai golongan termasuk atlet paralimpik, bekas jaguh negara, pelajar sekolah, Rakan Muda, artis dan Sahabat Sukan SEA (penaja utama) turut memeriahkan acara itu.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan kebudayaan pelbagai kaum di negara ini.

Hishammuddin, selepas itu berkata bahawa majlis pelancaran semalam membuktikan semua pihak sedia menggembleng tenaga untuk menjayakan Sukan SEA XXI.

``Bukan sahaja dari kementerian-kementerian, tetapi juga dari pelbagai pihak menunjukkan komitmen masing-masing untuk sama-sama menjayakan Sukan SEA September ini,'' kata beliau.

Tambah beliau, majlis itu juga menandakan bahawa penyelarasan lebih terperinci akan dibuat termasuk melaraskan perbelanjaan yang akan dilakukan dalam tempoh dua bulan ini.

``Jawatankuasa kecil yang kita tubuhkan pula dijadualkan memulakan operasi masing-masing di sekretariat Sukan SEA di Bukit Jalil pada 5 Ogos,'' jelas beliau.

Katanya lagi, pembabitan pelajar dari 30 buah sekolah akan memeriahkan lagi temasya selama 10 hari itu.

Pelajar-pelajar itu, katanya akan membentuk kumpulan sokongan sebagai penyambut tetamu kontinjen luar selain akan mengisi mana-mana stadium yang menjadi gelanggang kepada sukan kurang popular.

``Dengan ini, kita akan dapat mendedahkan para pelajar ini kepada sukan yang kurang diminati,'' kata Hishammuddin.

Mengenai sentimen orang ramai yang masih kurang, Hishammuddin berkata promosi besar-besaran selepas ini akan mengubah keadaan itu.

Bagaimanapun, beliau berkata, pihaknya mengharapkan sokongan sektor korporat terutama hotel untuk membantu kempen mempromosi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.