saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 01/06/2001

Pelakon Jah Mahadi meninggal dunia

Seniwati veteran Jah Mahadi yang diingati melalui watak isteri kedua dalam filem Madu Tiga meninggal dunia pukul 8.30 pagi semalam di rumah adiknya di Tampoi, Johor.

Jah atau nama sebenarnya Khadijah Hodri, 63, meninggal dunia kerana sakit kencing manis dan darah tinggi yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu. Dia mempunyai enam anak dan seorang telah meninggal dunia.

Menurut adik iparnya, Tuminah Ali, pelakon itu dimasukkan ke Hospital Tengku Ampuan Aminah, Johor Bahru pada 28 April lalu dan keluar pada 11 Mei lalu.

``Keadaannya tenat dan mulai tidak boleh bercakap sejak seminggu lalu.'' kata Tuminah semasa dihubungi di rumahnya semalam.

Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmudiah berdekatan pusara ibu dan bapanya.

Menurut Tuminah, Jah tinggal bersama keluarganya sejak lima tahun lalu.

Allahyarham menggunakan nama Jah Mahadi semasa berlakon filem sempena nama suami keduanya pelakon Haji Mahadi yang membawanya kepada dunia seni.

Jah bersara terus dari dunia seni sebaik sahaja berakhirnya kegemilangan Studio Jalan Ampas.

Ketika banyak pelakon pindah ke Kuala Lumpur untuk meneruskan aktiviti lakonan Allahyarham mengikut suami ke Johor Bahru.

Wataknya sebagai isteri kedua bernama Hasnah dalam filem Madu Tiga bersama P.Ramlee masih diingati kerana lakonannya yang bersahaja. Adegan pergaduhan dengan madunya lakonan Zaharah Agus masih diingati kerana gelagatnya membuatkan penonton ketawa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.