saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 03/06/2001

Tuah Azura datang bergolek

Oleh: SYED HASHIM SYED ALI ALHABSHI
DIA digelar wajah Christian Dior (CD) untuk Malaysia dan Asia Tenggara. Pada setiap pertunjukan fesyen jenama terkenal itu di Malaysia, dia pasti diberi peluang mendahului barisan model yang lain.

Tuah yang datang bergolek ini dirasakan ibarat mimpi yang menjadi kenyataan oleh Tengku Azura Tengku Awang, 26.

Selama ini dia menyulam angan tetapi kini apa yang diangankan telah berada di ambang pintu.

``Sebenarnya terus terang saya katakan saya sendiri tidak mengetahui saya terpilih sebagai wajah CD untuk Malaysia. Saya hanya mengetahui tentang perkara ini seusai pertunjukan fesyen himpunan musim sejuk/luruh 2000 yang lalu.''

Bertitik-tolak dari situ dia dan pengasas agensi peragaan Cilla Foong Assoc. yang banyak membantu kejayaannya bertolak ke Paris untuk pembikinan portfolio himpunan terkini jenama tersebut di sana.

``Di Paris banyak pengalaman yang saya timba. Boleh dikatakan banyak perbezaan sistem bekerja di sana berbanding dalam negara.''

Katanya, apa yang jelas ialah cara mereka bekerja. Ketepatan masa merupakan rencah utama dalam sistem bekerja masyarakat Barat.

Melihatkan aksi, raut wajah serta bentuk tubuh bersesuaian imej CD, kontraknya disambung lagi untuk himpunan musim bunga/panas 2001.

``Saya diberitahu kontrak saya akan tamat bulan hadapan. Mungkin jika mereka perlukan saya, mereka akan menawarkan kontrak baru. Jika tidak saya rasa telah banyak pengalaman yang saya kaut sepanjang bersama CD. Dan pengalaman itu lebih berharga dari wang ringgit,'' jelas model dengan ketinggian 5 kaki 10 inci ini.

Bercerita tentang jadual kehidupannya, model ini agak ringkas menata aktiviti diri. Dengan tidak bersembunyi dia mengakui andai tiada sebarang temu janji untuk menyedang pakaian, sesi latihan ataupun pertunjukan fesyen, dia akan bangun tidur hanya pada pukul 1 tengah hari.

``Tetapi jangan pula ada yang menuduh saya pemalas. Sebenarnya peluang untuk bangun lambat hanya muncul sekali dua dalam sebulan sahaja.

Tambahnya boleh dikata aktiviti sehariannya penuh dengan tugasan memperaga.

``Dalam sehari saya akan menerima lima hingga enam tugasan memperaga. Keadaan ini membuat saya agak terkejar-kejar.

``Namun andai mendapat sebuah pertunjukan besar seperti pertunjukan fesyen untuk makan malam, biasanya saya akan hanya menerima satu tugasan sahaja,'' katanya memberi penjelasan.

Selesai pertunjukan fesyen sekitar jam 12 tengah malam, dia mengelak diri daripada melepak di kafe atau restoran.

``Saya lebih gemar terus pulang ke rumah dan tidur terutamanya andai keesokan hari saya menerima tugasan lain.''

Menyingkap sejarah pembabitan di dunia serba glamor ini, membuat dia tersenyum melirik.

``Waktu itu saya berusia 18 tahun. Cilla mengekori saya dari belakang ketika saya berjalan bersama rakan di sebuah pusat membeli-belah dan bertanyakan adakah saya seorang model.

``Mengetahui saya bukan seorang model dia lantas menghulurkan kad nama dan meminta saya untuk datang ke sesi casting.''

Dia mengambil masa selama tiga bulan untuk memikirkan tawaran tersebut. Puas berfikir semasak mungkin dia menyahut cabaran Cilla.

Percubaan pertamanya membuahkan hasil. Dia diterima masuk sebagai model baru dan melalui sesi pembentukan imej serta latihan catwalk selama tiga bulan.

``Walaupun memperaga bukan minat saya namun setelah mencuba ia membawa keseronokan yang sukar diungkap,'' ujarnya yang suatu waktu dahulu pernah menyimpan hasrat untuk menjadi seorang pramugari.

Kerjaya sebagai seorang model telah membawa dia ke merata dunia.

``Saya pernah memperaga di Korea, Rome, London dan pelbagai negara lain. Dari situ berencam pengalaman pahit manis saya kaut. Ini mematangkan lagi saya dalam mengharungi kerjaya ini.''

Memberi masa sehingga berusia 30 tahun untuk memperaga, dia kini menyiapkan diri untuk menyambung semula pelajaran dalam jurusan pentadbiran perniagaan.

Angan-angannya tinggi. Dia mahukan jurusan yang diambilnya nanti bukan sahaja membawa kebaikan kepada dirinya malah memanfaatkan insan yang lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:01
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.