saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 03/06/2001

Futsal Asean: Malaysia mampu catat keputusan terbaik

MALAYSIA yakin mampu mencatat keputusan yang lebih baik pada kejohanan Bola Sepak Lima Sebelah (Futsal) Asean pertama di Stadium Malawati, Shah Alam, 7-9 Jun ini.

Jurulatih kebangsaan, Bahwandi Hiralal berkata, persiapan pemain negara kali ini adalah jauh lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Malah katanya, penganjuran Kejohanan Futsal Kebangsaan pertama yang berakhir di Shah Alam semalam turut memberikannya lebih banyak pilihan untuk memilih pemain.

``Sepuluh pemain yang akan mewakili negara ke Kejohanan Asean sepatutnya dipilih di kalangan 15 pelatih yang sedang menjalani pemilihan,'' katanya selepas perlawanan akhir Futsal Kebangsaan di Dewan MBSA Seksyen 19, Shah Alam semalam.

``Bagaimanapun tamat kejohanan kebangsaan hari ini, saya dapati ada enam pemain berjaya mencuri tumpuan dan mungkin turut diserapkan dalam skuad kebangsaan,'' katanya lagi.

Menurut Bahwandi, pilihan pemain yang lebih banyak itu membuktikan Futsal di negara ini semakin berkembang dan menunjukkan peningkatan.

Katanya, senarai akhir barisan skuad negara ke kejohanan Asean akan diumumkan pada 5 Jun ini dan barisan yang sama dijangka mewakili negara pada Kejohanan Futsal Asia ketiga di Iran, Julai depan.

Kedah pula muncul juara Futsal Kebangsaan selepas membelasah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) 8-1.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.