saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/06/2001

Sup buat perubahan susunan muzik

Album: Kumpulan Sup

Judul: Arus Cinta

Penerbit: Lan Laga dan Sharom Aris

Edaran: NSR

Oleh: KHADIJAH IBRAHIM
PERUBAHAN yang dibuat untuk album kedua ternyata memberi keuntungan kepada kumpulan Sup yang dianggotai oleh Chot (gitaris), Bolatt (bes), Atan (dram) dan Kalam (vokalis).

Menerusi album Arus Cinta, Sup telah berjaya mencapai sasaran sebanyak 10,000 unit dalam tempoh dua bulan album dipasarkan.

Dulu sewaktu album sulung, Cinta, Rindu, Pilu, mereka terpaksa menunggu selama setahun untuk mencecah jualan 13,000 unit.

Walaupun Arus Cinta masih mengekalkan konsep pop rock seperti dulu, namun perubahan terhadap susunan muzik memberi kekuatan baru pada kumpulan Sup. Ini kerana dalam album ini juga diselitkan elemen irama slow rock, balada dan alternatif.

Menurut Kalam, untuk album ini, dia telah membuat persiapan awal sebagai persediaan sebelum memasuki studio rakaman.

``Saya ingin menampilkan sesuatu yang baru dan saya harap peminat berpuas hati dengan album ini. Bagi saya, Arus Cinta lebih matang dari segi susunan muzik, pemilihan lagu dan juga dari segi vokal,'' katanya memperbanyakkan latihan `jogging' bagi memantapkan stamina sebelum menjalani rakaman.

Kematangan vokal Kalam diakui sendiri oleh penerbit Sharom Aris yang menerbitkan album pertama Sup.

Jelas Sharom, untuk album ini, Kalam lebih bersemangat dan mampu menjiwai lagu-lagu dengan penuh yakin.

Perubahan suara yang ditampilkan oleh Kalam sekali gus memudahkan penerbit untuk memilih lagu-lagu untuk rakaman.

Jelas Sharom, album pertama Sup umpama medan untuk menilai kelebihan dan kekurangan mereka.

Hasil daripada penelitian, dia mengambil keputusan untuk mempelbagaikan irama di dalam album tersebut.

``Saya lihat Sup tidak boleh tertumpu pada satu irama saja, sebab itu untuk album kedua saya cuba pelbagaikan. Ternyata perubahan itu mendapat sambutan daripada peminat,'' katanya.

Untuk album ini juga, Sup telah diberi peluang untuk menunjukkan bakat mereka menghasilkan lagu Kusambut Rindumu dan Antara Kaca Dan Permata.

Menerusi lagu ciptaan tersebut, Sup bebas menyuntik irama kegemaran mereka iaitu alternatif yang disesuaikan dengan konsep album.

Menurut Lan yang juga penerbit album, Sup diberi peluang menonjolkan bakat untuk menggalakkan mereka menghasilkan lebih banyak karya pada masa hadapan.

``Kita kena beri peluang pada mereka untuk mencuba tetapi dengan bimbingan.

``Saya yakin kalau mereka mendapat pendedahan, pada masa hadapan, mereka mampu menerbitkan album sendiri,'' jelas Lan.

Lan juga menolak dakwaan lagu Aku Juga Cinta Kamu dan Arus Cinta ciptaannya ada persamaan dengan lagu kumpulan Spring.

``Pada saya, Kalam mempunyai gaya tersendiri. Dia juga nampak lebih yakin. Kumpulan Sup boleh melangkah lebih jauh tetapi dengan syarat mereka mesti rajin berusaha untuk mempertingkatkan mutu persembahan,'' nasihatnya.

Lagu-lagu lain yang dimuatkan di dalam album ini ialah Rintihan Jiwa, Gerimis Senja, Cepat Benar Kau Berubah, Pusara Kasih, Tak Marah... Sayang dan Senandung Cintaku.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.