saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/06/2001

Bekas timbalan menteri Datuk K Pathmanaban meninggal dunia

KUALA LUMPUR 9 Jun - Bekas Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk K. Pathmanaban meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada awal hari ini kerana penyakit buah pinggang dan hati.

Menurut adiknya, Pavithran, abangnya menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 1 pagi.

Jenazahnya akan dibawa dari kediamannya di No 4, Lorong Taman Pantai Enam, Bukit Pantai pada pukul 4 petang esok ke Krematorium Hindu, Cheras.

Pathmanaban, yang sepatutnya akan menyambut ulang tahun kelahiran ke-64 esok, menjadi Timbalan Menteri Kesihatan selama tujuh tahun mulai 1981.

Jawatan terakhir yang disandangnya dalam kerajaan ialah Timbalan Menteri Sumber Manusia mulai 14 Jun 1989 hingga Oktober 1990.

Bekas naib presiden MIC itu juga pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Buruh dan Tenaga Rakyat selama lima tahun mulai 1976.

Beliau meninggalkan tiga orang anak lelaki - Praveen, Prashant dan Pramogh. Isterinya Datin Prema telah meninggal dunia beberapa tahun lalu.

Anak kelahiran Ladang Bukit Bertam, Linggi, Negeri Sembilan, mendiang Pathmanaban ialah seorang lulusan sarjana Pentadbiran Awam dalam Pembangunan Ekonomi dari Universiti Harvard.

Beliau juga adalah kumpulan pertama lulusan bidang ekonomi dari Universiti Malaya, Singapura pada tahun 1959.

Sebelum menyertai politik, beliau berkhidmat sebagai penolong setiausaha di Kementerian Buruh dan Tenaga Rakyat pada 1960 dan Pengarah Sosial Ekonomi Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri sejak tahun 1968 sebelum meletakkan jawatan untuk bertanding dalam pilihan raya umum dalam tahun 1974.

Mendiang Pathmanaban menjadi anggota Parlimen kawasan Teluk Kemang selama empat penggal sejak pilihan raya umum 1974.

Beliau menjadi anggota MIC pada 1974 dan setahun kemudian menjadi anggota Jawatankuasa Kerja Pusat MIC.

Mendiang Pathmanaban menjadi naib presiden MIC selama tiga penggal sejak 1979 sebelum bersara daripada aktif politik pada tahun 1991.

Beliau adalah seorang anggota Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Menurut Pavitran abu mayat Pathmanaban akan dibawa ke Port Dickson pada hari Isnin untuk ditaburkan di laut. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.