saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 11/06/2001

Jasa ulama besar dari Patani

JUDUL: Ulama Besar dari Patani

Pengarang: Ahmad Fathy al-Fatani

Penerbit: Penerbit UKM

Harga: RM45

Halaman: 342

KEBIASAANNYA buku-buku yang diterbitkan dan boleh didapati di pasaran ialah buku-buku yang dikarang dalam bahasa Melayu dan Inggeris, namun langkah Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) menerbitkan buku dalam bahasa jawi wajar diberi pujian kerana ia adalah satu langkah yang tepat dalam memperkayakan tulisan ini yang jauh ketinggalan serta hampir dilupakan oleh masyarakat, khususnya golongan muda.

Oleh itu, di samping menghebahluaskan tulisan jawi kepada masyarakat, buku ini sedikit sebanyak dapat mengetengahkan apa yang tersirat dan tersurat menerusi peranan ulama besar dari Patani, iaitu sebuah wilayah Melayu di selatan Thailand.

Buku ini mengandungi sejumlah 40 terjemahan ulama besar dari negeri Patani dalam tempoh di antara penghujung abad ke-18 hingga penghujung abad ke-20 yang dimulai dengan tokoh pertama Sheikh Daud al-Fatani yang meninggal dunia pada tahun 1847 dan di akhiri dengan Ayah Dir Sekam yang meninggal dunia pada tahun 1991.

Sepanjang tempoh dua abad ini, negeri Patani menyaksikan kemunculan ulama terkemuka yang datang silih berganti mengambil tempat dan memainkan peranan masing-masing yang sangat besar dalam sejarah negerinya, bukan sahaja dalam bidang agama tetapi juga dalam bidang ilmu, pemikiran, politik dan pembentukan sistem nilai dan budaya hidup masyarakatnya.

Buku karya Ahmad Fathy al-Fatani, seorang penulis yang banyak mengetengahkan penulisannya dalam majalah Pengasuh dan Peristiwa (kedua-duanya terbit di Kota Bharu, Kelantan) mengandungi 15 bab dalam bahagian satu.

Pada bahagian ini diperturunkan terjemahan lengkap yang telah disumbangkan oleh 15 orang ulama.

Ulama-ulama berkenaan ialah Sheikh Daud al-Fatani, Sheikh Nik Dir al-Fatani, Sheikh Wan Ahmad Wan Mohamad Zin al-Fatani, Tuan Minal, Sheikh Nik Mat Kajaik al-Fatani, Tok Senggora, Tok Kelaba, Haji Abdul Majid Embong, Tuan Guru Haji Sulong, Tok Berimin, Pak Da Ail al-Fatani, Haji Hassan Mak Anggul, Tok Guru Dala, Haji Abdullah Bendang Kebun dan Haji Ahmad Abdul Wahab al-Fusani.

Pada bahagian dua pula mengandungi 11 terjemahan ringkas tentang 25 orang ulama iaitu Sheikh Abdul Rahman Pawah Bok, Sheikh Abdul Kadir Bukit Bayas, Tuan Hassan Besut, Tok Sheikh Duyung, Sheikh Mohd. Salleh Zainal Abidin al-Fatani, Tok Bendang Daya, Sheikh Wan Mohamad Zin Wan Mustafa al-Fatani, Tok Sheikh Jarum, Tok Gudang, Tok Cauk, Pak Cu Beh Tok Raja Raja, Sheikh Wan Daud Wan Mustafa al-Fatani, Sheikh Daud Ismail al-Fatani, Tok Balur, Sheikh Mohamad Nur Mohamad al-Fatani, Tok Jakar, Haji Abdillah Bendang Guchil, Tok Duku, Haji Ismail Jai Dol, Tok Yaman, Tengku Mohamad Zahadi al-Fatani, Tok Lata, Haji Ahmad Pluan, Pak Ju Him Kajah Mati dan Ayah Dir Sekam.

Buku ini diakhiri dengan senarai nama-nama 60 orang ulama Patani. Jika dilihat akan kandungan buku ini, ia amat menarik kerana bukan sahaja pembaca dapat mengetahui lebih lanjut mengenai ulama Patani tetapi juga meningkatkan penguasaan dan pembacaan dalam tulisan jawi. - RADZUAN GHAZALI

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.