saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 23/06/2001

Keladi Maju lancar projek RM150j di Kulim

KUALA LUMPUR 22 Jun - Keladi Maju Bhd. (KM) dijangka melancarkan projek Bandar Baru Padang Serai di Kulim, Kedah bernilai RM150 juta pada akhir tahun ini, kata Pengarah Urusannya Chuah Chin Ah, di sini, hari ini.

``Kami perlu melalui beberapa peringkat untuk mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa. Jika tiada sebarang kelewatan kami akan melancarkannya pada akhir tahun ini,'' katanya selepas mesyuarat agung tahunan syarikat (AGM) di sini, hari ini.

Beliau menambah syarikat itu telah memohon kepada pihak berkuasa di Kulim untuk menukar dan memajukan kawasan seluas 292 ekar (116.8 hektar) daripada simpanan tanah syarikat yang seluas 1,523 ekar (609.2 hektar) di Padang Serai.

Chuah berkata bandar baru itu akan terdiri daripada 2,063 unit rumah kos rendah, 853 unit rumah teres kos sederhana, 280 unit rumah semi berkembar, 205 unit lot kedai serta dua stesen minyak.

Beliau berkata KM memperoleh simpanan tanah itu yang ketika ini adalah ladang kelapa sawit dengan harga RM38 juta tahun lalu.

Menurut Chuah, keseluruhan bandar baru itu akan disiapkan dalam tempoh tiga tahun dengan purata 1,000 unit rumah akan dibina setahun.

Beliau berkata meskipun secara umumnya pasaran harta lemah ketika ini khususnya di Kedah, syarikat itu masih berjaya menarik pembeli-pembeli rumah.

``Tinjauan kami sangat baik kerana rumah-rumah kami adalah pada harga yang berpatutan kepada kumpulan pendapatan sederhana dan rendah di mana 90 peratus daripada rumah-rumah itu adalah di bawah RM50,000,'' katanya.

Chuah berkata syarikat itu masih mahu terus mencari simpanan tanah yang murah.

Apabila ditanya sama terdapat rancangan untuk memperoleh simpanan tanah di Lembah Klang, beliau berkata kebanyakan hartanah di kawasan itu mahal.

``Kami akan mengkajinya kelak jika pasaran bertambah baik dan sambutan yang diterima juga baik,'' katanya.

Setakat ini, syarikat itu telah menjual 1,253 unit rumah kos rendah dan 1,063 unit rumah kos sederhana di Taman Mutiara, bandar baru yang terletak berdekatan Taman Teknologi Tinggi Kulim.

Beliau berkata sejak permulaan projek itu pada lewat 1997, syarikat itu telah menyiapkan 1,001 unit rumah dan memperoleh sijil pendudukan.

Tahun ini akan menyaksikan syarikat itu menyiap lagi 524 unit rumah kos sederhana, 864 unit rumah kos rendah dan 64 unit rumah kedai di bandar baru Taman Mutiara.

Selain itu, lebih 90 peratus rumah kos rendah dan sederhana yang telah dilancarkan di Taman Malinja, Bedong Kedah telah berjaya dijual, kata Chuah.

Beliau berkata pembinaan rumah-rumah ini sudah hampir siap dan syarikat itu menyasarkan menyerahkan rumah-rumah tersebut kepada para pembelinya pada suku kedua tahun ini.

Chuah juga berkata syarikat itu menjangkakan prestasinya bagi tahun semasa sama dengan yang dicapai tahun lalu.

Syarikat itu mencatatkan keuntungan sebelum cukai RM6.686 juta bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Januari berbanding RM7.454 juta pada tahun sebelumnya. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:25
Maghrib 7:00
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.