saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 24/06/2001

Pembikinan Anak Mami meriah

Oleh: SAHARUDIN MUSTHAFA
SELEPAS hampir enam tahun menyimpan hasrat, akhirnya impian pengarah drama Abdul Razak Mohaideen tercapai apabila skrip Anak Mami The Movie (AMTM) diangkat ke layar perak.

Bagi Abdul Razak, menyimpan cita-cita selama tempoh itu adalah satu penyeksaan.

Apatah lagi selepas dia melihat penghasilan beberapa filem lain di Malaysia yang digarap berdasarkan skrip drama televisyen.

``Sudah tentu impian itu sesuatu yang cukup bermakna buat saya. Biarpun AMTM hanya muncul dalam medium filem selepas enam tahun, saya berjanji akan menghasilkan filem yang menepati kehendak penonton,'' kata Razak ketika ditemui di lokasi filem itu di Kemensah Height, Hulu Klang, baru-baru ini.

Sebelum ini Razak mengarahkan tiga drama bersiri Anak Mami, Menantu Mami dan Cucu Mami yang pernah disiarkan oleh TV3 tidak lama dulu.

Berikutan sambutan hebat yang diterima oleh drama-drama itu dengan purata bilangan penonton sebanyak tiga juta orang bagi setiap drama, Razak mencadangkan kepada Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) untuk mengadaptasikan drama tersebut ke filem.

Menurut Razak, AMTM yang diolah berdasarkan skrip Shukor Mohaideen bukan sebuah tugas yang mudah untuk disempurnakan.

Cabaran paling besar yang dihadapi oleh Razak ialah untuk memastikan sejauh mana para pelakon yang membintangi filem itu dapat mengungkapkan dialog dalam loghat utara dengan sempurna.

Sebelum ini, kebanyakan filem dan drama yang menuntut para pelakon bercakap dalam loghat utara tidak begitu menjadi.

``Saya bertuah kerana sebahagian daripada pelakon saya berasal dari Pulau Pinang. Hanya ada beberapa orang dari negeri lain tetapi mereka mempunyai keupayaan untuk menghafal dialog dengan baik dan ini amat mengejutkan saya,'' katanya.

AMTM menampilkan nama-nama besar dalam dunia seni seperti Amelia Rosnaida, Zahida Rafik, Kartina Aziz, Norlia Ramli, Fiza (Elite) dan Naida (Salam Bollywood).

Pelakon-pelakon lelaki pula terdiri daripada Pie, Farouk Hussin, Ismail Din, Rafi dan Cico.

Ketika Pancaindera meninjau penggambaran filem itu, kesimpulan yang dapat dibuat ialah cara Razak mengarah sama seperti lagaknya ketika memberikan kuliah kepada penuntut-penuntutnya di Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Biarpun mudah didekati, namun pengarah ini sebenarnya seorang yang cukup tegas apabila bekerja.

Selain Kuala Lumpur, filem yang menelan kos sebanyak RM1.2 juta itu juga akan menjalani penggambaran di beberapa tempat menarik di Pulau Pinang.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.