saya nak baca ..

KESIHATAN


ARKIB : 24/06/2001

Keistimewaan perisa limau kasturi

Oleh RAMLI ABDUL KARIM
SELALUNYA sambal belacan dan budu tidak boleh dipisahkan dengan limau kasturi kerana air perahan limau itu menjadi pelengkap serta perisa tambahan yang menambahkan kelazatan resipi tradisional itu.

Sambal gesek ikan bilis yang dikenali sebagai sambal pijak gajah dan popular di Negeri Sembilan juga tidak akan lengkap tanpa limau kasturi.

Perahan limau kasturi turut digunakan dalam minuman sama ada sebagai perisa tambahan mahupun jus yang bukan saja enak rasanya malah mampu melegakan tekak terutama ketika kehausan kerana cuaca panas.

Buah LIMAU KASTURI atau nama saintifiknya Citrus microcarpa daripada keluarga tumbuhan rutaceae sebenarnya mempunyai kepelbagaian khasiat dalam perubatan berasaskan herba.

Selain air perahannya, kulit dan cecair daripada kulit limau kasturi juga mempunyai khasiat tersendiri dalam membantu mengubati lelah, sakit tekak dan pening kepala serta mengatasi masalah badan berbau.

Pegawai Pusat Sumber Genetik Tumbuhan, Institut Biosains Universiti Putra Malaysia (UPM), Tajuddin Abdul Manap memberitahu, bagi ramuan mengurangkan sakit lelah, air perahan limau kasturi perlu dicampurkan dengan madu lebah.

Di kalangan pengamal perubatan herba, sukatan yang digunakan ialah satu sudu madu dicampurkan dengan lima titik air limau kasturi sebelum ia diminum.

``Perubatan menggunakan ramuan ini selalunya dilakukan pada waktu biasa dan tidak semestinya apabila pesakit sedang mengalami komplikasi sakit lelah.

``Bagaimanapun, pesakit tidak digalakkan mengamalkannya terlalu kerap, sebaliknya memadai sekali dalam seminggu,'' katanya.

Menurut Tajuddin, bagi melegakan pening kepala, pesakit cuma perlu memicitkan kulit limau kasturi dan menyemburkan cecairnya ke arah hidung.

Selain itu, sesetengah pesakit pula memakan kulit buah itu untuk mengurangkan pening kepala.

Kata beliau, kaedah yang sama iaitu memakan mentah kulit limau kasturi juga dilakukan bagi mengatasi masalah bau badan.

Untuk menyembuhkan sakit tekak akibat lendir atau kahak, jus limau kasturi perlu dicampurkan dengan lada hitam dan kemudiannya diminum.

``Bagi kanak-kanak, penggunaan lada hitam boleh ditukarkan dengan madu lebah bagi mengelakkan kepanasan,'' ujarnya.

Menurut Tajuddin, orang ramai khususnya suri rumah boleh menjimatkan belanja dengan tidak perlu lagi membeli cecair pencuci untuk menghilangkan kesan minyak pada pakaian.

Beliau berkata, perahan limau kasturi yang dicampur dengan sedikit garam lalu digosok pada pakaian boleh menghilangkan kesan minyak.

``Gosok pada tempat yang terkena kesan minyak dan biarkan lima hingga 10 minit sebelum dibasuh seperti biasa,'' jelasnya.

Orang ramai yang ingin memberi maklum balas, pandangan dan pertanyaan mengenai khasiat herba boleh mengemukakannya menerusi e-mel [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.