saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 28/06/2001

Halim Saad letak jawatan Naib Pengerusi United Engineers


HALIM SAAD.


KUALA LUMPUR 27 Jun - Tan Sri Seri Halim Saad, telah meletakkan jawatannya sebagai Naib Pengerusi United Engineers (Malaysia) Bhd. (UEM) berkuat kuasa hari ini.

UEM dalam kenyataannya kepada Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) di sini hari ini, bagaimanapun tidak menyatakan kenapa Halim, 47, berbuat demikian.

Halim yang merupakan Pengerusi Eksekutif Renong Bhd., juga dilaporkan telah meletak jawatan sebagai Pengarah Kinta Kellas Plc Ltd. Co.

UEM dalam kenyataan berasingan berkata, syarikat itu telah melantik firma perundingan pengurusan antarabangsa Arthur D. Little sebagai penasihat strategiknya.

Firma itu antara lain akan menasihatkan UEM di dalam perkara berhubung strategi korporat dan penstrukturan semula portfolio kumpulan selain memfokuskan kepada pemilihan perniagaan teras.

Arthur D. Little juga akan membantu pengurusan kumpulan dalam menghalusi dan melaksanakan peluang-peluang yang dikenal pasti untuk meningkatkan menilai kumpulan melalui pertumbuhan perniagaan teras dan perubahan di dalam kedudukan korporat.

Langkah ini dijangka akan menukar kumpulan kepada aliran perniagaan yang lebih tertumpu.

Firma itu juga akan bekerjasama dengan pasukan eksekutif UEM dan bank perdagangan tempatan untuk mengkaji semula semua urus niaga korporat berpotensi yang telah tertangguh sehingga memberikan kesan kepada struktur kumpulan itu.

Kumpulan perunding itu telah bekerja dengan wakil-wakil kanan UEM sejak Februari 2001 untuk menilai pilihan strategik kumpulan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.