saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 02/07/2001

Nama Nordin Ahmad di Layar Bintang

Allahyarham Nordin Ahmad antara segelintir pelakon Melayu yang cukup karismatik. Wataknya dalam Hang Jebat arahan Hussein Haniff membuktikan dunia perfileman tempatan di Jalan Ampas mempunyai pelakon berbakat besar.

Selepas P. Ramlee, Nordin adalah pelakon yang jarang mengecewakan apabila beraksi di layar perak. Malah ada kalanya kekuatan lakonan Nordin kelihatan mengatasi P. Ramlee kerana ekspresi dari pada gerak tubuh dan wajahnya.

Khamis lalu, nama Allahyarham terpahat di Layar Bintang di Kompleks Studio Merdeka, Hulu Kelang, Selangor. Layar Bintang adalah tempat mengabadikan penghormatan kepada seniman besar yang telah meninggal dunia.

Namanya seiring dengan nama bintang terdahulu yang terpahat di situ iaitu P. Ramlee, S. Roomai Noor dan Omar Rojik.

Majlis pengabadian Layar Bintang disempurnakan oleh Menteri Penerangan Tan Sri Khalil Yaacob sempena sambutan Hari Finas yang ke-20.

Balu Allahyarham, pelakon Salmah Ibrahim berbangga apabila nama suaminya diabadikan setelah 30 tahun pemergiannya.

``Dia rakyat Malaysia dan selayaknya orang Malaysia berbangga dengan Nordin,'' kata Salmah semasa di Finas baru-baru ini.

Dia sebenarnya menunggu detik tersebut kerana baginya Nordin juga seorang yang berjasa kepada dunia perfileman Melayu.

``Hari ini saya berbangga apabila jasanya dikenang dan dihargai,'' kata Salmah lagi.

Nordin Ahmad pelakon kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang pada tahun 1932. Allahyarham meninggal dunia pada 15 Jun 1971 kerana demam kuning.

Filem pertama lakonannya ialah Juwita pada tahun 1951 kemudian menyusul lebih 40 buah filem selepas itu.

Antara filem lakonannya yang meninggalkan kesan kepada penonton ialah Hang Jebat, Sri Mersing, Yatim Mustaffa dan Dang Anum.

Dialognya berupa pantun dalam filem Seri Mersing arahan Salleh Ghani menjadi frasa popular hingga sekarang ini.

``Dagang Pak Malau dagang berlipat, dagang hamba mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang hamba musafir lalu.''

Filem-filem lain yang menampilkannya ialah Permata Di Perlimbahan, Semerah Padi, Serangan Orang Minyak, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Cucu Datuk Merah, Air Mata Duyung dan banyak lagi.

Dia juga banyak digandingkan dengan Latifah Omar, Rose Yatimah, Fatimah Ahmad, Maria Menado dan beberapa pelakon seangkatan.

Semasa hayatnya Allahyarham seorang yang pendiam dan tidak pernah meninggi diri.

``Dia seorang yang tidak sombong dan sentiasa merendah diri walaupun semasa bertindak sebagai pengarah,'' kata Rosnani Jamil yang pernah berlakon bersama Nordin.

Sifatnya yang pendiam dan tidak pernah marah membuatkan rakan-rakan tidak tahu adakah dia memarahi mereka apabila berlaku sesuatu insiden.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.