saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 03/07/2001

Mencari Orkestra RTM

DEWAN Filharmonik Petronas giat menganjurkan persembahan muzik klasik oleh Orkestra Filharmonik Malaysia. Orkestra Kuala Lumpur pula mengadakan persembahan setiap bulan di Auditorium DBKL. Dalam situasi ini barangkali ada yang bertanya di mana Orkestra RTM?

Kepada kebanyakan orang, Orkestra RTM yang melalui zaman gemilang pada dekad 70-an dan 80-an kini sudah hilang. Dalam rancangan di RTM sendiri, Orkestra RTM tidak ditonjolkan sebanyak mungkin.

Dengan adanya RTM, pada tanggapan sesetengah pihak, Orkestra RTM mempunyai laluan yang lebih baik berbanding kumpulan muzik orkestra. Tetapi apabila Orkestra RTM tidak menonjol di RTM, ini suatu yang perlu diberi perhatian oleh pihak-pihak tertentu di RTM.

Orkestra RTM perlu diberi peluang untuk menemui peminat yang pernah membesar bersama gubahan-gubahan Alfonso Suliano, Johari Salleh dan beberapa pemimpin Orkestra RTM yang lain.

Pada masa yang sama, RTM perlu melangsungkan tradisi menghayati muzik orkestra dengan lagu-lagu tempatan seperti sebelum ini.

RTM bukan saja menjadi perintis dunia penyiaran malah memulakan tradisi persembahan muzik berbentuk orkestra di negara ini. Muzik yang dipersembahkan oleh kumpulan orkestra selalu dianggap hanya sesuai untuk golongan elit kerana orkestra selalu disekutukan dengan muzik-muzik klasik Barat ciptaan Mozart dan sebagainya.

Tanggapan ini menjauhkan mereka yang belum terdedah dengan penghayatan muzik klasik.

Tetapi sejak awal penubuhan Orkestra RTM tahun 60-an daripada idea pengelola muzik RTM, Ahmad Merican, muzik orkestra yakni yang dipersembahkan oleh kumpulan orkestra menjadi muzik untuk semua golongan.

Khabarnya Orkestra RTM yang lahir daripada inisiatif Ahmad Merican, bermula dengan lapan pemuzik. Mereka adalah pemuzik di kelab-kelab malam tetapi sanggup bermain untuk Orkes RTM (sebelum orkestra) biar pun tanpa bayaran.

Ahmad Nawab yang merupakan seorang daripada pemuzik pengasas Orkestra RTM tahun 1960 menganggap Orkestra RTM melampaui aspek hiburan. Ini kerana beliau dan rakan-rakan lain pernah beberapa kali mengadakan persembahan untuk angkatan tentera yang bertugas di perbatasan.

``Kami pergi dengan helikopter di tengah hutan dan menyanyi tanpa mikrofon,'' demikian kata Ahmad Nawab yang akhirnya mencipta kejayaan sebagai komposer yang banyak melahirkan penyanyi popular.

Malah Orkestra RTM pernah disertai oleh penyanyi dan pemuzik terkenal Indonesia, Bing Selamat serta pernah mengiringi penyanyi seperti S. Affendi, Titiek Puspa dan banyak lagi.

Ketika peminat muzik hanya terdedah dengan lagu-lagu langgam, keroncong dan asli, ternyata eksperimen Ahmad Merican memberikan penghayatan muzik yang baru, telah berhasil.

Kalau diimbas kembali sejarah Orkestra RTM, di sinilah lahirnya banyak komposer dan pemuzik tersohor di negara ini suatu ketika dulu. Orkestra RTM menjadi premis mencipta nama dengan labelnya yang berprestij.

Katakan di mana lahirnya pemuzik dan komposer sehebat Alfonso Suliano, Johari Salleh atau Ahmad Nawab kalau bukan bermula di premis yang dibina oleh RTM?

Orkestra RTM adalah satu-satunya kumpulan muzik yang mempunyai sejarah yang panjang di negara ini. Selain menyuburkan penghayatan muzik bercorak orkestra dan klasik, Orkestra RTM menjadi titik awal tradisi muzik moden Melayu sejak tahun 60-an.

Ini pastinya satu perkembangan yang menarik bagi sebuah negara yang agak asing dengan persembahan orkestra. Dewan Filharmonik Petronas kelihatan banyak menyumbang kepada penghayatan seni yang dulunya dianggap sesuai untuk golongan elit saja.

RTM perlu membuat sesuatu supaya Orkestra RTM dimanfaatkan dengan sebaiknya. Orkestra RTM tidak boleh lagi sekadar menjadi muzik pengiring bagi seorang penyanyi pop di pentas. Sebaliknya Orkestra RTM perlu ditonjolkan tanpa dibayangi populariti pihak tertentu.

Kita percaya Orkestra RTM yang sekarang dipimpin oleh generasi muda, Datuk Mokhzani Ismail mempunyai pendekatan tersendiri untuk mengangkat orkestra di bawah pimpinannya.

Kerana itu beliau wajar diberi laluan dengan memperuntukkan satu slot khas untuk Orkestra RTM. Tentunya banyak lagu-lagu patriotik dalam rakam khanah RTM boleh dipersembahkan semula secara yang lebih terancang.

Persembahan muzik secara orkestra pasti ada peminatnya sekalipun barangkali tidak banyak seperti muzik pop. Tetapi kelompok ini tidak wajar dipinggirkan biar pun pada tanggapan sesetengah pihak ini tidak menarik perhatian pengiklan di RTM. Pengiklan bukanlah penentu dasar RTM.

E-mel: [email protected]

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.