saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 04/07/2001

Intan Remaja ...juara Bintang Kugiran RTM

Penampilan persembahan bermain kompang oleh kumpulan Intan Remaja berjaya mencuri perhatian juri apabila terpilih menjadi juara Bintang Kugiran RTM 2001, Ahad lalu.

Pertandingan itu diadakan di Auditorium Perdana, Angkasapuri.

Kumpulan itu berjaya menewaskan enam kumpulan lain dengan persembahan lagu Terlerai Kasih dan lagu instrumental Jeling Menjeling serta Azizah.

Intan Remaja membawa pulang wang tunai sebanyak RM5,000 beserta trofi dan sijil penghargaan.

Kumpulan yang berasal dari Johor Bahru itu dianggotai oleh Nasri Nasir (vokal), Hafiz Mohd Nor (gitar), Hairul Anuar Dollah (bes), Azizul Ahmad (keyboard) dan Nazarudin Selamat (dram).

Selain mendendangkan lagu, setiap kumpulan diberi peluang menunjukkan kreativiti menyusun dan menggubah lagu instrumental.

``Seperti kumpulan lain, kami memang inginkan kemenangan. Alhamdulillah kejayaan menyebelahi kami. Lagipun kami sudah membuat latihan sejak empat bulan lalu

``Kami memilih untuk bermain kompang kerana inginkan kelainan. Kebetulan kami semua adalah anggota kumpulan kompang di kampung,'' kata Azizul.

Kejayaan yang diraih juga memberi semangat kepada Intan Remaja untuk mengatur langkah sebagai artis rakaman.

Ujarnya, Intan Remaja tidak akan menolak jika ditawarkan menjadi artis rakaman kerana kumpulan tersebut sudah mempunyai peminat tersendiri di sekitar Johor.

Sementara itu, tempat kedua dibolot oleh kumpulan Coda yang berasal dari Kelantan. Coda membawa pulang wang tunai RM3,000 trofi dan sijil penghargaan.

Kumpulan yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu dianggotai oleh Suhairi Nor (vokal), Mat Seman Che Sof (gitar), Roslan Dollah (bes) dan Faizal Samsudin (dram) memilih lagu Gerhana.

``Kami berharap Coda dapat peluang menjadi artis rakaman. Kalau berpeluang, kami ingin menonjolkan konsep funky,'' kata Suhairi.

Tempat ketiga pula menjadi milik kumpulan Langit yang berasal dari Sarawak.

Langit yang ditubuhkan semata-mata untuk menyertai pertandingan itu berjaya membolot wang tunai sebanyak RM2,000, trofi dan sijil.

Kumpulan Langit yang mendendangkan lagu Bikin Filem berharap, kejayaan yang diraih dapat membuka ruang kepada mereka untuk terus berkarya.

``Walaupun kumpulan ini baru ditubuhkan untuk pertandingan, tetapi rasanya kami akan terus bersama.

``Kami berharap dapat menambah bilangan pemuzik dari Sarawak dalam arena seni tanah air,'' kata Mohamed Arifin yang bertindak sebagai vokalis.

Sementara itu, kumpulan Fantasy dan The Last Minutes pula memenangi hadiah Persembahan Terbaik dan Pakaian Tercantik. Masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM2,000 dan RM1,000.

Lain-lain kumpulan yang turut bertanding dalam pertandingan yang disiarkan secara langsung menerusi TV1 itu ialah Kumpulan Alysma dari Pulau Pinang dan Slumber dari Sabah.

Hadiah-hadiah disampaikan oleh Timbalan Menteri Penerangan Datuk Mohd. Khalid Yunus.

Sebanyak 138 kumpulan muzik amatur yang rata-rata anggotanya berumur antara 15 hingga 25 tahun dari seluruh negara telah menyertai uji bakat Bintang Kugiran RTM 2001 kali ini.

Antara artis jemputan yang menjayakan pertandingan itu ialah Kumpulan Freedom, XPDC dan O.G. Ia diacarakan oleh Opie Zami dan Diana Rafar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.