saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/07/2001

Rozita Izlyn -- Prinsip diri diutamakan


Rozita Izlyn.


Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin
Bukan mudah seseorang artis itu untuk meraih nama yang besar dalam dunia seni. Faktor tuah dan keadaan adakalanya banyak mempengaruhi keadaan.

Sekadar wajah dijadikan aset untuk memikat perhatian dan kisah-kisah kontroversi yang dilalui, ia belum boleh menjamin karier seni seseorang artis itu.

Malah, ada artis yang benar-benar ikhlas berjuang memperdagangkan bakat mereka tertewas dengan keadaan, gara-gara dikelabui oleh kontroversi.

Antara yang bernasib agak malang itu ialah penyanyi Rozita Izlyn.

Penyanyi ini mempunyai kehebatan vokal yang sukar ditandingi walaupun namanya tidak sepopular artis kontroversi lain.

Anugerah semula jadi, kekuatan vokal yang dimilikinya semacam tidak mendapat pengiktirafan apabila Rozita hari ini berada pada tahap sederhana dalam carta popular.

``Saya akui, kerjaya saya belum benar-benar berada di tahap teratas. Bagaimanapun, saya tidak boleh menyalahkan sesiapa kerana mungkin juga belum rezeki untuk saya,'' jelasnya yang pasrah dengan keadaan.

Menurut Rozita, dia tidak sanggup untuk menggadaikan sesuatu yang amat berharga dalam dirinya hanya semata-mata untuk meraih populariti.

Walaupun ada yang berpendapat, dia harus lebih bersikap terbuka di dalam banyak perkara termasuk soal berpakaian, gadis manis berusia 25 tahun ini mempunyai prinsip tersendiri.

``Memang ada yang datang dan memberitahu saya terlalu bersih. Sebab itu, susah untuk menjadi artis popular,'' katanya.

Bagaimanapun, menurut Rozita, dia tidak sanggup menggadaikan maruah peribadi, apatah lagi memalukan keluarganya dengan berita yang boleh menjejaskan nama baik mereka.

``Biarlah orang lain. Saya tidak sanggup menggadaikan nama baik keluarga hanya semata-mata kerana populariti.

``Kalau itu yang dikehendaki untuk popular, lebih baik saya menjadi manusia biasa sahaja. Saya tidak sanggup mencipta kontroversi,'' katanya lagi.

Bersama bekas syarikat rakamannya NSR, Rozita pernah muncul dengan empat buah album.

Lagu popularnya seperti Dunia Kita Berbeza dan Berbalam Cintaku cukup untuk menjadi bukti betapa hebatnya vokal penyanyi ini.

Pelajar tahun akhir dalam bidang pengajian vokal di Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini juga pernah mencuba bakat sebagai pelakon di pentas teater.

Menerusi teater arahan Lokman Ghani, Tikar Mengkuang, bakat lakonannya dilihat berpotensi untuk dikembangkan pada masa depan.

``Bagaimanapun, buat sementara waktu, saya kurang berminat untuk serius dalam lakonan. Biarlah saya terus mencuba dalam bidang nyanyian dahulu kerana banyak cita-cita saya belum tercapai,'' ujarnya lagi.

Memperkatakan mengenai masa depannya juga, jelas Rozita, segalanya masih samar kerana dia baru sahaja membuat keputusan untuk tidak lagi menyambung kontrak dengan syarikat rakaman NSR.

``Saya mahu beralih angin kepada syarikat lain pula. Bagaimanapun, sukar untuk diceritakan sekarang kerana segala-galanya masih samar.

``Apa yang pasti, saya tidak akan mudah mengalah dengan keadaan sekarang,'' Rozita yang turut menyumbangkan suara sebagai penyanyi latar filem Sara.

Menurut penyanyi itu lagi, dia bersyukur kerana masih menerima banyak tawaran persembahan walaupun sudah hampir dua tahun tidak muncul dengan album baru.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.