saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/07/2001

Leina masih aktif dalam seni

RAMAI yang sering bertanya adakah Leina Hangat masih aktif menyanyi.

Ini kerana sejak setahun lalu, dia kurang menonjol dalam pentas hiburan.

Apatah lagi, kebangkitan bakat-bakat baru hampir menenggelamkan namanya di persada seni.

Biarpun dia kalah dalam mempertahankan populariti, namun penyanyi yang nama penuhnya Norazlina Abdul Rahman ini mempunyai cara tersendiri iaitu berimej seksi untuk terus kekal dalam bidang seni.

Malah dia mengaku masih aktif dalam bidang seni.

Meskipun menganggap caranya itu tidak sesuai, namun Leina yang lebih senang bersikap berterus terang itu mengaku bersedia menerima apa sahaja dicemuh.

Jelas Leina, sebagai penyanyi yang sudah lama tidak merakamkan album, dia perlu mencari `sesuatu' untuk diketengahkan supaya namanya tidak lenyap di persada seni.

``Oleh kerana saya tidak ada album baru, saya kenalah buat cara tidak ada album.

Takkan saya hendak berjanji kosong kepada peminat.

``Kebetulan ada wartawan bertanya mengenai kisah cinta, saya pun ceritalah. Buat apa hendak sorok-sorok kerana saya tidak suka berpura-pura,'' katanya terus terang.

Leina tidak menafikan, menerusi cerita-cerita sebegitu masyarakat sedar bahawa dia masih aktif dalam bidang seni suara.

Walaupun pencapaiannya dalam bidang seni biasa saja, namun Leina berbangga kerana dia telah berpeluang mencuba bakat sebagai penyanyi, pelakon dan pengacara majlis.

Sehingga kini, Leina telah menghasilkan enam album iaitu Leina Hangat, Leina Hangat 2, Kompilasi Pasti Hits, Kompilasi A Go Go Ala BB Park dan album Tamil bersama kumpulan The Girls.

Sementara itu, filem lakonannya ialah Awas dan Sate. Dia juga telah berlakon lebih daripada 10 buah drama antaranya Imbasan Perca Perca dan Di Penghujung Jalan.

Leina yang sering dianggap seksi itu mengakui tidak kisah dengan gelaran tersebut.

Ini kerana sejak muncul dengan album sulung lagi, dia sudah mencerminkan dirinya yang sebenar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.