saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 08/07/2001

Siti Nurhaliza-Ratu Gimik!

SEJAK awal sidang media Konsert Mega Bukit Jalil 2001 Siti Nurhaliza beberapa bulan yang lepas, Siti Nurhaliza berjanji untuk membuat kejutan kepada peminat kesayangannya.

Berbeza dengan konsert sulungnya di tempat yang sama iaitu Stadium Putra, Bukit Jalil, penyanyi cantik itu berjanji akan melakukan lebih banyak gimik.

Pada konsert yang dibanjiri oleh lebih 10,000 penonton seminggu yang lepas artis kesayangan ramai itu menunaikan janjinya. Lebih banyak gimik dan lebih banyak aksi menarik penyanyi tersebut dipaparkan dalam konsert lebih dua setengah jam itu.

Sebagai persembahan pembuka tirai Siti memilih untuk meluncur dengan tali dari atas stadium ke pentas arena.

Apatah lagi apabila dia mengenakan pakaian khas yang berkelip-kelip ciptaan pereka kesayangannya, Michael Ong untuk memberi impak bagi persembahan pembukaan itu.

Sejurus selepas tepukan gemuruh penonton, artis tersebut memilih lagu Lakaran Kehidupan.

Untuk menenangkan peminat Siti kemudian mengalunkan beberapa buah medley lagu-lagu merdu terbaiknya seperti Kau Kekasihku, Sempadan dan Purnama Merindu.

Sambil mengalunkan lagu, dia melakukan gimik seterusnya iaitu bermain silap mata.

Pada persembahan konsert itu, artis tersebut banyak menyampaikan lagu daripada album Safa.

Merealitikan cita-cita zaman kecil di pentas adalah salah satu gimik Siti. Dia pernah menyimpan hasrat untuk menyertai pasukan beruniform tetapi akhirnya terjun ke dunia seni.

Dalam salah satu sketsa, penyanyi yang berasal dari Kuala Lipis, Pahang itu memilih untuk berpakaian putih ala uniform dan bermain senapang.

Siti mengiring persembahan 80 ahli pasukan Kawad Senyap TLDM, Lumut, Perak.

Selepas itu dia memilih lagu rancak untuk menghangatkan pentas iaitu Kau Di Sisiku dan Kau Bagaikan Permata.

Siti juga adalah gimnas pada hari itu apabila dia cuba melakukan beberapa aksi dengan bermain gelung rotan.

Selain itu, Siti memilih untuk bersilat dan bermain gendang.

Mempelbagaikan persembahan di pentas konsert mungkin merupakan salah satu trademark artis tersebut.

Dia bukan hanya ingin bernyanyi kerana itu terlalu mudah untuk dirinya tetapi menghiburkan penonton dengan pelbagai aksinya. Apa yang mengagumkan ialah staminanya yang boleh bertahan setelah mengalunkan lebih 30 buah lagu dengan pelbagai aksi.

Siti berani mencuba dan walaupun sedikit kekok dan kaku, satu pujian untuk dirinya kerana masih ingin mencuba.

Seperti dihebahkan, Siti menampilkan segmen nostalgia. Sebagai gimik persembahan tersebut Siti menaiki kereta mengelilingi stadium dan iringi oleh skuter Vespa.

Dia memilih untuk mengalunkan lagu yang popular daripada tahun 60-an hingga 90-an, seperti Serentak, Syurga Idaman, Hari Ini, Semalam, Sekadar di Pinggiran dan Kemaafan Dendam Yang Terindah.

Demi menunaikan permintaan peminat, artis tersebut cuba menyanyikan lagu Inggeris, Don't Put My Heart On Hold yang dialihkan daripada lagu Beradu Dalam Khayalan.

Siti kemudian menghilangkan diri dengan silap mata seterusnya tetapi kembali ke pentas untuk memeriahkan suasana bagi segmen irama tradisional.

Suasana pentas pada masa itu diibaratkan seperti pesta dengan iringan penari-penari latar serta pelakon tambahan.

Bagi segmen tersebut Siti menyampaikan beberapa buah lagu Melayu asli.

Artis tersebut membuat kejutan sebenarnya apabila Tan Sri S. M. Salim muncul ke pentas untuk berduet dengannya bagi lagu Pandang- Pandang, Jeling- Jeling.

Apa pun, persembahan itu mendapat tepukan gemuruh daripada penonton tanda gembira dengan kehadiran seniman tersebut.

Penyanyi tersebut mengakhiri konsert itu dengan menyanyikan lagu popularnya, Cindai.

Sebelum menutup tirai persembahan pada hari itu, Siti juga membuat cabutan bertuah yang melayakkan penonton menerima hadiah sebuah kereta Opel Zafira.

Penulis percaya kebanyakan peminatnya yang keluar dari stadium tersebut cukup berpuas hati dengan persembahan Siti.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.