saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 15/07/2001

PSM tidak bercadang keluar Istaf

PERSATUAN Sepak Takraw Malaysia (PSM) tidak bercadang menarik diri daripada menjadi anggota gabungan Persekutuan Sepak Takraw Antarabangsa (Istaf) walaupun banyak keputusan tidak memihak kepada mereka sejak akhir-akhir ini.

Presiden PSM, Datuk Saidin Tamby berkata sebagai negara yang dikenali sebagai pengasas sukan sepak takraw, tindakan keluar daripada Istaf bukan satu jalan penyelesaian yang bijak.

``Buat masa sekarang, kita tidak bercadang untuk keluar dari Istaf. Mungkin dalam mesyuarat majlis PSM akan datang, kita akan bincangkan perkara ini,'' katanya pada persidangan media di Kuala Lumpur, semalam.

Terdahulu, Istaf yang dikuasai Thailand sering menggunakan pengaruh mereka untuk menafikan apa juga cadangan dan pandangan daripada PSM seperti penggunaan kiraan mata dan penggunaan bola rasmi sepak takraw untuk Sukan SEA XXI Kuala Lumpur.

Walaupun, sebelum ini kongres Istaf telah meluluskan supaya Sukan SEA XXI Kuala Lumpur menggunakan kiraan 21 mata tetapi atas pengaruh yang ada, mereka berjaya menarik sokongan ahli lain untuk meminda kaedah itu kepada kiraan lama 15 mata pada Sukan Sea 2001, pada kongres tergempar Istaf di Bangkok Ahad lepas.

Istaf juga mahu bola jenama Maraton keluaran Thailand milik bendahari dan ahli majlis Istaf, Boonchai Lorhpipat, digunakan sebagai bola rasmi Sukan SEA XXI Kuala Lumpur dan menafikan bola keluaran tempatan.

Sementara itu, Saidin berkata PSM akur dengan keputusan kongres tergempar Istaf supaya Sukan SEA XXI Kuala Lumpur menggunakan kiraan lama 15 mata.

``Kita bersetuju kiraan 15 mata digunakan pada Sukan Sea 2001. Namun saya ingin nyatakan bahawa semasa kongres itu, Malaysia tidak bersikap berkecuali seperti yang dilaporkan sebelum ini.

``Kita memberi hujah dan alasan kita tentang penggunaaan 21 mata, tetapi perwakilan tetap menyokong Thailand yang mahu Sukan SEA menggunakan 15 mata,'' katanya.

Dalam pada itu, Saidin berkata PSM tidak akan tunduk kepada tuntutan Istaf untuk menggunakan bola jenama Marathon sebagai bola rasmi Sukan SEA kerana sebagai tuan rumah, Malaysia berhak menggunakan bola keluaran tempatan.

``Kita menghargai dan menghormati pandangan Menteri Belia dan Sukan supaya PSM merayu kepada Istaf berkenaan penggunaan bola buatan Malaysia. Tetapi bagi PSM, kita tidak akan merayu kerana keputusannya kita sudah dapat jangkakan.

``Buat masa ini, kita akan ikut keputusan Istaf untuk menggunakan bola jenama Marathon. Namun, kita meminta Jawatankuasa Pengelola Sukan SEA supaya dapat membantu menyelesaikan perkara ini (guna bola keluaran tempatan) kerana sebagai tuan rumah, kita berhak memilih menggunakan peralatan buatan tempatan,'' katanya.

Sebelum ini, Istaf hanya mengiktiraf bola jenama Marathon dan tidak mengiktiraf bola keluaran Malaysia, Gajah Emas sedangkan ia diiktiraf badan piawaian negara, Sirim.

Bola Gajah Emas sebelum ini pernah digunakan sebagai bola rasmi di Sukan Asia ke-9 di New Delhi 1982, Sukan SEA Manila 1981, Singapura 1983, Jakarta 1987 dan Kuala Lumpur 1989. - Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.