saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 17/07/2001

Dayang Nurfaizah -- Kejayaan meniup semangat


Dayang Nurfaizah.


Oleh ROSLI MANAH
PENYANYI Dayang Nurfaizah yang menjuarai pertandingan Bintang Penghibur HMI 2001 menganggap kejayaan itu sebagai peniup semangat dalam karier nyanyian.

Dalam pertandingan yang disiarkan secara langsung di TV1 dari Auditorium Perdana Angkasapuri malam kelmarin, Dayang membawa pulang RM5,000, trofi serta hadiah iringan lain.

Bagi Dayang kejayaan itu akan meningkatkan kematangan persembahan serta membaiki kelemahan diri.

``Saya harap kemenangan ini akan memanjangkan lagi langkah saya dalam dunia seni suara,'' kata Dayang.

Dia membuat persembahan yang ringkas untuk sesuaikan dengan lagu-lagunya yang berkonsep R&B, kata Dayang lagi.

Dayang yang pernah bergelar Juara pertandingan Golden Teen Search 1997 itu membawakan lagu-lagu popularnya Sedingin Mana Cintamu, Bahagia dan lagu Inggeris berjudul Unforgetable.

Kemantapan vokal yang tersendiri menjadi sandaran utama kepada penyanyi yang hanya beraksi secara ringkas.

Penyanyi yang terkenal dengan imej gelek Latin, Shawn Baharin menerima RM3,000 serta trofi setelah terpilih sebagai naib juara.

Menurut Shawn, pada awalnya dia hanya ingin menampilkan konsep ringkas namun apabila melihat peserta artis lain bersungguh-sungguh membawa penari dia turut mengikutnya.

Shawn memulakan persembahan dengan lagu perlahan Kembali Ceria sebagai pembuka tirai dan diikuti dengan konsep kemeriahan di pesta menerusi lagu-lagu O.E.O dan Melodi Hati

Penyanyi tunggal berketurunan Cina Candy Cheah pula menerima RM2,000 setelah diumumkan sebagai pemenang tempat ketiga.

Kebolehannya menyanyikan lagu Cina, Hindi dan tradisional Melayu dengan baik menarik hati juri untuk memilihnya.

Pertandingan itu ingin melahirkan penghibur serba boleh dan dikhususkan kepada penyanyi yang telah menghasilkan album.

Penyanyi Fazley yang membawakan konsep futuristik pula memenangi kategori Persembahan Terbaik. Dayang Nurfaizah juga memenangi kategori Pakaian Tercantik.

Empat lagi peserta akhir ialah Norazimah Rahmat, Nurhaida, Yassin dan Syura.

Rata-rata peserta artis peringkat akhir bersungguh-sungguh menampilkan kreativiti sendiri sebagai penghibur.

Penyannyi lagu berkonsep tradisional seperti Norazimah Rahmat dan Nurhaida tampil dengan persembahan etnik yang penuh warna-warni.

Norazimah memilih lagu-lagu dari kebudayaan negara-negara jiran seperti Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand serta lagu-lagu melambangkan identiti Malaysia.

Penyanyi termuda Syura yang baru mencecah usia 15 tahun tampil dengan gaya menarik apabila menyanyikan lagu-lagu pelbagai konsep, iaitu Benang Kasih, Habibah Maisarah, Let's Get Loud.

Yassin pula muncul dengan rangkaian lagu-lagu berkonsep muzik dunia tanpa sebarang interaksi dengan penonton.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.