saya nak baca ..

PARLIMEN


ARKIB : 17/07/2001

Tindakan TNB kenakan surcaj dipertikai

KUALA LUMPUR 16 Julai - Beberapa ahli Parlimen hari ini mempersoalkan tindakan Tenaga Nasional Berhad (TNB) mengenakan surcaj terhadap pengguna-pengguna yang lewat membayar bil elektrik sedangkan peruntukan undang-undang mengenainya belum diluluskan oleh Parlimen.

Sambil menyifatkan tindakan tersebut sebagai tidak wajar, Chang See Ten (BN-Gelang Patah) berkata, langkah mengenakan surcaj telah dikuatkuasakan oleh TNB sejak Julai tahun lepas walaupun pindaan terhadap Akta Bekalan Elektrik masih di peringkat perbahasan di Dewan Rakyat.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan memberi penjelasan sama ada TNB akan memulangkan semula pungutan surcaj bersama faedah jika tindakan tersebut disahkan menyalahi undang-undang.

``Mengapa pihak pemegang lesen boleh mengutip surcaj sejak Julai tahun lepas sedangkan rang undang-undang ini belum diluluskan lagi?

``Jika kutipan ini menyalahi undang-undang, adakah Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia akan mengarah pihak pemegang lesen memulangkan bayaran surcaj berserta faedah kepada pengguna,'' katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2000 pada sidang Dewan Rakyat, hari ini.

Chang berkata, kuasa memotong bekalan elektrik perlu diperluaskan ke atas kafe-kafe siber dan kilang-kilang yang beroperasi secara haram supaya usaha membanteras kegiatan negatif itu dapat dilaksanakan secara menyeluruh.

Pendapat Chang itu turut disokong oleh Liow Tiong Lai (BN-Bentong) yang turut mempersoalkan tindakan TNB mengenakan surcaj tanpa peruntukan undang-undang yang jelas.

Seksyen 26 (A) Rang Undang-undang Bekalan Elektrik (Pindaan) 2000 yang masih di peringkat perbahasan menetapkan pemegang lesen boleh mengenakan surcaj ke atas pengguna yang tidak membayar bil elektrik dalam tempoh yang ditetapkan.

Pindaan itu dibentangkan sejajar dengan pindaan terhadap Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang telah diluluskan oleh Parlimen baru-baru ini.

Beliau turut menggesa kerajaan supaya mengkaji semula kadar penyambungan semula elektrik di kediaman yang kini dikatakan meningkat berkali ganda sehingga membebankan para pengguna di negara ini.

Liow berkata, jika sebelum ini, pengguna dikenakan bayaran antara RM3 dan RM10 tetapi kini mereka terpaksa membayar sehingga RM80.

Sambil menyifatkan kadar itu sebagai tidak munasabah, beliau mempersoalkan pihak yang bertanggungjawab memberi kuasa kepada TNB untuk menetapkan kadar tersebut.

Katanya, bukan saja kadar baru itu terlalu tinggi malah TNB didakwa gagal menghantar notis yang mencukupi kepada pengguna supaya membayar bil elektrik mereka sebelum tindakan memotong bekalan dilaksanakan.

Selain itu, Liow turut menggesa kerajaan supaya memberi kuasa kepada pihak berkuasa tempatan dan pegawai daerah untuk memotong bekalan elektrik di premis yang mengendalikan mesin perjudian haram.

Lee Kah Choon (BN-Jelutong) turut mempersoalkan kesahihan tindakan TNB yang menurutnya dilakukan tanpa undang-undang yang sah.

Justeru, beliau berharap pengguna-pengguna yang dikenakan tindakan seumpama itu mendapat semula wang mereka jika TNB didapati menjalankan kuasa tidak mengikut undang-undang.

Husam Musa (Pas-Kubang Kerian) pula mencadangkan kepada kerajaan supaya urusan pemberian lesen kepada Pengeluar Tenaga Swasta dikendalikan oleh Suruhanjaya Tenaga yang ditubuhkan di bawah rang undang-undang berkenaan.

Katanya, langkah itu bagi memastikan urusan pengeluaran lesen bagi membina loji jana kuasa yang sebelum ini dikendalikan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri berjalan secara adil dan saksama.

Beliau turut mendakwa langkah tersebut akan dapat mengurangkan tekanan TNB yang selama ini terpaksa menandatangani Perjanjian Pembelian Tenaga semata-mata kerana lesen telah dikeluarkan.

Pandangan Husam turut disokong oleh Datuk Dr. Yusof Yacob (BN-Sipitang) yang berpendapat peralihan kuasa kepada Suruhanjaya Tenaga akan membantu TNB daripada terus menanggung kerugian.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:18
Asar 4:31
Maghrib 7:24
Isyak 8:34



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.