saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 19/07/2001

Album Alif Ba Ta ada nilai komersial

Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin
INDUSTRI hiburan tempatan tidak banyak melahirkan penyanyi daripada kalangan kanak-kanak meskipun permintaan untuk lagu yang sesuai dengan usia golongan berkenaan agak memberangsangkan.

Meskipun pernah melahirkan penyanyi seperti Ruhil Amani, Atai, Anuar & Elina, Adrian dan Fifi pada tahun 80-an, ia seperti tidak mempunyai kesinambungan.

Album kanak-kanak bagaikan terkeluar daripada agenda syarikat rakaman yang lebih banyak memberi tumpuan kepada album bercorak komersial di pasaran.

Usaha Wayang Tinggi Entertainment (WTE) menerbitkan album Iqraq-Alif Ba Ta bagaimanapun membuka mata semua pihak apa yang dihasilkan untuk kanak-kanak juga mempunyai nilai komersialnya yang tersendiri.

Album berkenaan yang khusus mengajar kanak-kanak mengenal dan mengaji Quran mendapat sambutan hangat di pasaran sehingga mencecah jualan menghampiri angka 150,000 unit.

``Ia merupakan kejayaan yang amat membanggakan. Ini sekali gus membuktikan bahan untuk kanak-kanak juga menjamin pulangan modal yang memuaskan jika kena dengan cara dan pasarannya,'' jelas Eksekutif Promosi WTE, Endee Zakari.

WTE kini dalam proses menerbitkan album kedua kumpulan Alif Ba Ta yang bakal berada di pasaran pada Ogos.

Album berjudul Alif Vol. 1 ini merupakan kesinambungan kepada usaha mereka sebelum ini yang membawa kanak-kanak mengenal dan mempelajari Muqadam.

Menariknya, album itu akan dijual secara pakej yang mengandungi set kaset, cakera padat dan buku panduan mengaji dengan harga RM19.90.

``Kami menganggap ia sebagai satu sumbangan kepada masyarakat. Meskipun album berkenaan mendapat sambutan menggalakkan di pasaran, WTE tidak mendapat keuntungan yang maksimum kerana harganya dijual secara lebih murah dan dalam bentuk pakej,'' jelasnya lagi.

Kekurangan bahan-bahan ilmiah berteraskan hiburan di pasaran, mendorong syarikat rakaman berkenaan memberi tumpuan khusus kepada golongan itu dalam penghasilan album mereka.

Alif Ba Ta kini dianggotai oleh lima kanak-kanak berbakat dalam bidang nyanyian iaitu Mustafa Kamal Abdul Aziz (7 tahun), Mohd Fai'z Abdul Mahmud (7), Ummu Umairah Roslan (6), Nurul Shalida Samsulazlan (9) dan Siti Athirah Roslan (9).

Meskipun tiga daripada mereka merupakan ahli baru, ia dijangka tidak akan menjejaskan penjualan album kedua ini.

``Kami tidak menonjolkan penyanyi di dalam kumpulan itu. Apa yang mahu ditonjolkan ialah konsep album dan lagu-lagu mereka,'' jelas Endee lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.