saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 22/07/2001

SWEET GIRLS... ngerilah!

BILA Mama Juwie tanya pendapat anggota kumpulan baru Sweet Girls (artis Love Records) mengenai awek-awek yang jadi ahli kumpulan ajaran sesat muzik metal kena tidur dengan ahli-ahli lelaki, terus mereka tersentak menyebut: ``Eee... ngerilah!'' Lihat foto anggota kumpulan Sweet Girls dari kiri: Finny, Ena, Liana dan Nadia.

``Saya tak pernah dengar cerita macam ni. Ngerilah rasanya. Saya harap para remaja jauhilah budaya macam ni. Jangan ikut muzik yang negatif. Saya pun tak minat muzik metal yang ganas-ganas,'' kata Finny (21 tahun).

Bila Mama Juwie beritahu, surat khabar dah heboh menceritakan siapa nak jadi ahli kumpulan pula kena pijak kitab suci al-Quran dan membakarnya, terus jawab Si Ina (19):

``Kalau nak berhibur dan berseronok pun... janganlah sampai terkeluar daripada ajaran Islam. Biarlah apa yang kita buat ada batasnya.''

Sementara seorang lagi anggotanya - Erika (21) memberitahu: ``Saya tak minatlah muzik metal. Saya harap para remaja janganlah terikut-ikut.''

Album pertama kumpulan Sweet Girls berkonsepkan dance music akan berada di pasaran Ogos depan.

JUWIE: Ingat! Siapa yang tak sempat bertaubat sebelum mati, nanti tanggunglah betapa sakitnya nazak ketika roh dicabut oleh Malaikat Izrail yang kasar dan lebih ganas daripada metal. Oleh itu, kembalilah ke pangkal jalan dengan menyembah hanya Allah Yang Maha Esa.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.