saya nak baca ..

KELUARGA


ARKIB : 24/07/2001

Ahmad, Muhammad -- Menanti detik dipisahkan

Oleh ROSLAH OTHMAN
ANDAI benarlah bagai dikata, penantian itu satu penyiksaan, tidak mungkin ada insan yang masih sanggup menunggu bertahun lamanya semata-mata mahu mendapat apa yang dihajati.

Namun jika penantian itu berakhir dengan suatu kegembiraan, ia amat berbaloi untuk merasa resah sepanjang tempoh masa tersebut.. Tetapi apa pula jika penantian tersebut diakhiri dengan sebuah kesedihan? Mungkinkah masa menunggu itu dianggap sia-sia.

Bagi pasangan kembar siam Ahmad dan Mohamad, 3, yang amat mengharapkan agar mereka dipisahkan, cukup gembira kerana telah selamat menjalani pembedahan memisahkan hati.

Pembedahan memisahkan hati keduanya berjaya dijalankan pada awal tahun lalu oleh pakar perubatan dari Hospital Universiti.

Walaupun ia bukan penamat kepada penantian keduanya setelah hampir tiga tahun lamanya, ia sudah cukup berbaloi untuk berasa gembira. Perasaan yang sama juga turut dirasai oleh kedua ibu bapa pasangan kembar iaitu Rosli Abdul Rahim, 30 dan Aisah Kandar, 25.

``Saya cukup bersyukur kerana keduanya selamat, walaupun pembedahan memisahkan mereka berdua masih tidak dijalankan namun sekurang-kurangnya dengan pembedahan ini, ia dapat mengembalikan sedikit kehidupan normal mereka seperti orang lain,'' kata Rosli ketika ditemui Keluarga di Puchong, Selangor, baru-baru ini.

Pasangan kembar yang dilahirkan di Hospital Universiti, Petaling Jaya menerusi kaedah pembedahan itu berkongsi badan, hati dan dubur serta mempunyai tiga kaki.

Katanya, apa yang lebih merungsingkannya kini bukanlah saat-saat mereka dipisahkan nanti tetapi bingung memikirkan bagaimanakah cara untuk mereka membayar semula kos pembelanjaan pembedahan.

Ini termasuklah sepanjang rawatan dan ubat-ubatan di hospital Universiti berjumlah RM37,596 yang masih tertangguh.

``Pihak hospital telah pun membenarkan saya membayarnya secara ansuran sebanyak RM300 sebulan bagi melangsaikan jumlah tersebut, namun sehingga kini saya masih tidak berupaya menyelesaikannya,'' katanya.

Ketika ditanya mengenai tarikh sebenar pembedahan memisahkan keduanya, Rosli memberitahu tarikh bagi pembedahan memisahkan mereka masih belum ditetapkan.

``Semua ini bergantung kepada tahap kesihatan mereka. Jika keadaan mengizinkan, insy-Allah, kemungkinan besar akan dilakukan pada tahun hadapan,'' katanya.

Rosli menyatakan bahawa dia dan isterinya, Aisah akan menghadapi dengan tenang apa juga keputusan pihak hospital, walaupun terpaksa `mengorbankan' salah seorang daripada bayi kembar mereka itu.

``Sebagai manusia biasa, saya hanya terdaya menyerahkan segala-galanya kepada Tuhan kerana kami sekeluarga tidak pasti sama ada salah seorang daripada bayi itu mampu hidup dengan sempurna selepas dipisahkan.

``Sebagai bapa, memanglah saya hendak melihat kedua-dua anak saya selamat, lebih-lebih lagi mereka kini semakin membesar dan keletah,'' katanya.

Rosli yang berkhidmat sebagai penolong penyelia di sebuah kilang di Shah Alam melahirkan rasa terharunya melihat keadaan anak-anak tidak senormal kanak-kanak lain. Namun kasih sayangnya tidak tercacat sedikit pun malah semakin menebal.

``Saya terima kelahiran mereka dengan hati yang cukup gembira malah bersyukur kerana berasa saya dan isteri antara pasangan yang paling bertuah kerana terpilih menerima rezeki ini,'' jelasnya.

Demi memastikan keduanya menerima kasih sayang dan perhatian sepenuhnya, Aisah mengambil keputusan berhenti kerja mata-mata mahu menumpukan perhatian kepada kedua anaknya itu.

Sungguh pada awalnya dia merasa sedih dan terkilan setelah mengetahui keadaan anak-anak namun kini segalanya berubah kerana harapannya masih ada untuk melihat anak-anak membesar dan selamat.

``Walaupun nanti saya terpaksa kehilangan salah seorang daripada mereka, saya terima segalanya daripada menyaksikan mereka terus hidup tetapi menghadapi pelbagai penderitaan,'' katanya.

Ketika ditanya mengenai perancangannya bagi membantu menjelaskan hutang perubatan yang masih tertangguh, Rosli mencelah akan sedaya upaya melangsaikannya.

Bagaimanapun dengan pendapatannya sebagai kakitangan sebuah kilang, Rosli tidak pasti apakah dia mampu untuk menyelesaikan sebagaimana masa yang ditetapkan.

``Sekurang-kurangnya, jika ada yang sudi menghulur tangan meringankan tanggungan ini, saya amat berterima kasih dan terhutang budi.

Bagi mereka yang bersimpati dan mahu meringankan bebanan mereka sekeluarga boleh menghulurkan sumbangan dengan menghubungi talian 03-80614498 atau terus ke rumah mereka di Lot 120, Jalan Kempas, Kampung Tengah, 47100 Puchong, Selangor. Mereka juga boleh terus menghulurkan sumbangan menggunakan Akaun Bank Simpanan Nasional. Aisah Kandar 1012029-000000941.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.