saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 26/07/2001

RTM siarkan Prahara Seni M. Nasir

Oleh Tengku Khalidah Tengku Bidin
Kesenimanan M. Nasir tidak hanya terletak pada lagu-lagu ciptaannya yang unik tetapi juga bijak memilih orang yang terbaik dalam bidang tertentu bekerja dalam album-albumnya.

Langkah awal sebagai pelukis menuntut dia bijak mengadun dan melakar warna di kanvas putih. Sementara dalam penciptaan lagu, M. Nasir mengadunkan moden dan etnik menjadi karya yang menarik.

Nilai estetika yang ditonjolkan dalam karya menyokong perspektif pemikirannya terhadap alam, sosio budaya dan pelbagai unsur yang rapat dengan kehidupan.

Malah seluruh teman-teman yang berada di sekelilingnya juga merupakan insan seni yang banyak mendorong M. Nasir untuk bergerak di landasan seni yang kelihatan sempurna dan meyakinkan.

Demikian antara kandungan rancangan Prahara Seni Abadi M. Nasir yang akan disiarkan di TV2 pada 31 Ogos depan. Rancangan ini akan membawa khalayak peminat mengenali insan-insan seni yang berada di sekeliling M. Nasir.

Penerbit eksekutif rancangan berkenaan Baharina Kamarul Baharin berkata, Prahara Seni Abadi M. Nasir akan disiarkan selama 45 minit itu menyelitkan temu bual dengan rakan-rakan Nasir yang selama ini amat dekat dengan karyanya.

``Rancangan ini lebih kepada persepsi rakan-rakan yang berada disekeliling M. Nasir sebagai seniman dan kawan,'' kata Baharina.

Rancangan ini juga mendedahkan M. Nasir sebagai seorang seniman besar yang pernah dilahirkan dalam bidang seni di negara ini.

Selain itu juga, rancangan ini turut menyelitkan temu bual dengan beberapa peminatnya.

``Penggambaran sudah dibuat bulan lalu dan pihak kami mendapat kerjasama yang begitu baik daripada mereka yang rapat dengan M. Nasir,'' jelasnya lagi.

Bagaimanapun rancangan ini tidak melibatkan M. Nasir kerana mahu memberi peluang kepada orang yang pernah bekerja dan mengenali M. Nasir.

Antara yang turut ditemu bual ialah penulis lirik yang banyak menulis untuk lagu ciptaan M. Nasir, Loloq.

Sementara yang lain ialah TJ, Arab dan pemain rebana Ramli.

Turut ditemu bual ialah perunding imej dan pakaian M.Nasir, Salikin Sidek bagi memperkatakan mengenai aliran pemikiran Nasir dalam soal pakaian di dalam majlis-majlis yang disertainya.

``Salikin akan menjelaskan mengenai konsep pakaian yang bersesuaian dengan imej dan penampilan lagu yang dibawa oleh M. Nasir,'' jelas Baharina lagi.

Rancangan ini juga diterbitkan sebagai salah satu rangka promosi syarikat BMG yang menerbitkan album kompilasi Prahara Seni Abadi M. Nasir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.