saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 29/07/2001

Pelakon M. Osman meninggal diserang angin ahmar

KUALA LUMPUR 28 Julai - Pelakon dan penyanyi angkatan 1960-an, M. Osman meninggal dunia di rumahnya di Taman Sri Gombak dekat sini kerana serangan angin ahmar.

M. Osman, 61, atau nama sebenarnya Yusof Mohd. menghembuskan nafas terakhir di sisi keluarganya pada pukul 2.10 pagi ini. Dia diserang angin ahmar secara mengejut Khamis lalu.

Salah seorang anaknya Zulkifli berkata, bapanya tiba-tiba diserang angin ahmar Khamis lalu ketika berehat di rumah.

``Setelah dibawa ke hospital Gleneagles Intan, Jalan Ampang doktor mendapati ada darah beku tersumbat dalam saluran ke otak,'' katanya kepada Mingguan.

Menurut Zulkifli, setelah mendapati keadaan semakin tenat dan tiada harapan untuk sembuh, bapanya kemudian dibawa pulang ke rumah pagi semalam.

Anak bongsu yang juga pelakon dan pengarah filem itu berkata, bapanya tidak menghidap sebarang penyakit sebelum ini dan berada dalam keadaan sihat sebelum serangan itu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Selaseh dekat sini pada pukul 11.30 pagi ini.

Zulkifli berkata, Allahyarham tidak banyak aktiviti dan sedang menyiapkan `prop' untuk kegunaan satu penggambaran filem.

``Allahyarham hanya membantu hasil kerja anak-anaknya dalam perfileman,'' ujarnya.

Allahyarham bersama anaknya Aziz dan Zulkifli menguruskan Paradigm Pictures yang aktif menerbitkan filem dan drama.

Allahyarham meninggalkan balu, pelakon Afida S. serta lima anak yang kesemuanya mengikut jejaknya sebagai anak seni.

Empat lagi anak Allahyarham ialah Aziz, Azihan, Rozana dan Suzana. Allahyarham mempunyai 18 cucu.

Antara filem lakonannya ialah Cucu Datuk Merah, Cinta Kasih Sayang, Fajar Menyingsing, Ibu Ayam dan Anak Manja.

Allahyarham juga pernah mengarah filem dan drama. Antara filem arahannya ialah Pasung Puaka, Anak Tunggal dan Ilmu Saka.

Dalam bidang muzik, M. Osman dianggap antara pelopor kemunculan lagu-lagu Pop Yeh Yeh menerusi lagu Suzana yang dirakam pada awal tahun 60-an.

Ekoran itu, Allahyarham diberi gelaran Raja Pop Yeh Yeh semasa Konsert Nostalgia Pop Yeh Yeh dipentaskan di Stadium Negara pada tahun 1985.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.