saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 29/07/2001

Artis-artis top berentap! - Anugerah Sri Angkasa

FUH! Berdebar-debar jantung sukmaku bila membaca senarai artis-artis top berentap dalam pertandingan berprestij merebut Anugerah Sri Angkasa 2001 anjuran Radio dan Televisyen Malaysia pada hari ini dari pukul 2 hingga 4 petang. TV1 buat siaran langsung dari Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur.

Kategori paling glamor yang dinanti-nantikan ialah anugerah Penghibur TV Terbaik. Empat penghibur popular yang mempunyai kekuatan vokal tersendiri iaitu Sharifah Aini, M. Nasir, Siti Nurhaliza serta Syafinaz yang dicalonkan ke peringkat akhir akan bersaing hebat untuk anugerah itu. Siapakah yang bertuah membawa pulang anugerah berprestij itu?

Kategori untuk Pelakon Drama tv terbaik juga akan menjadi tumpuan ramai. Empat calon ke peringkat akhir bagi anugerah Pelakon Lelaki Terbaik TV ialah Rosyam Nor, Mubarak Majid, Zaidi Omar dan Shaharuddin Thamby.

Sementara calon untuk anugerah Pelakon Perempuan Terbaik TV ialah Wan Nor Azlin, Dilla Ahmad, Asmahani Hussein dan Haliza Misbun.

Siapa pulak yang akan sambar anugerah Pengarah Drama TV Terbaik? Empat calon di peringkat akhir ialah - Kamaruddin Hassan (drama berjudul Ikhlas terbitan RTM), Azman Aziz Mohd. (Menjaring Matahari, terbitan Kirawang), Mohd. Noor Bujang (Sempadan Pertemuan terbitan UAS Communications) dan Ahmad Ibrahim (Takbir Untuk Abdah, terbitan Bright Network).

Debaran semakin kencang apabila kita menunggu pengumuman pemenang anugerah Drama Terbaik TV. Empat calon ke peringkat akhir ialah Ikhlas, Sempadan Pertemuan, Takbir Untuk Abdah dan Menjaring Matahari.

Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad dijangka menyampaikan anugerah bagi kategori utama iaitu anugerah Penerbitan TV Terbaik dan Anugerah Khas Juri Sri Angkasa untuk Radio dan tv.

Ramai lagi calon terpilih untuk merebut pelbagai kategori termasuklah Penyampai Berita TV/Radio Terbaik dan DJ Terbaik.

Menurut Pengawal Hiburan TV - Noriah Letuar, program gilang-gemilang dengan kehadiran ramai artis popular sebagai penyampai hadiah itu akan diserikan dengan nyanyian oleh kumpulan XPDC, Ferhad, G.T. Boyz, X-pose, Nurfatima, M. Nasir, Siti Nurhaliza dan Dayang Nurfaizah. Pengacara Bob Lokman, Aznil Nawawi dan Maya Karin.

Tiket menonton free sudah habis. Bagus ya... penonton tidak dikenakan bayaran. Dah dapat penaja pun dah syukur... tak payahlah jual tiket. Saksikanlah nanti fesyen pakaian artis-artis melaram di majlis yang bergemerlapan itu.

JUWIE: Kalau tak tertidur teringin jugak nak tengok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.